Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Info Terkini

Salam sejahtera. Sekembalinya saya di sini, tiada transaksi jualan dibenarkan untuk semantara waktu terdekat ini. Ini kerana saya sedang mengatur bahagian produksi terbaru yang lebih efektif dan lebih lancar lagi. Produk terdahulu akan mengalami perubahan dan ada juga produk terbaru. Ada kemungkinan juga produk yang lama juga digugurkan dan diganti dengan dengan produk lebih baik. Setelah semua siap sedia, semua operasi akan bermula seperti sediakala dan lebih baik lagi. Dari situ sebarang pertanyaan dan persoalan akan dibuka dan akan dilayan. Saya mengambil masa yang agak lama sebelum ini untuk mengatur strategi pengeluran produk inovasi untuk masa akan datang. Terima kasih kepada anda yang memberi sokongan dan buah fikiran sebelum ini, kini dan akan datang. Semua saya dan team akan sentiasa menggandakan produksi inovasi yang sentiasa mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Terima kasih.

Selamat Hari Raya AidilFitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri. maaf zahir batin kepada semua yang mengenali, yang tidak mengenali, member-member lama, member-member baru, kawan-kawan, sahabat-sahabat baru lama, saudara-mara jauh dan dekat, ahli keluarga, rakan-rakan setugas, yang meminati dan yang memusuhi saya. Ampun maaf dipinta dan tingkatkan keimanan diri.

Berfungsi dengan lancar

Imej
Setelah beberapa minggu produk Dark Sensor dijual, produkreatif belum menerima apa-apa email atau panggilan mengenai masalah produk tersebut. Terdapat dua kemungkinan. Pertama alat tersebut belum dipasang oleh pembeli dan kedua produk tersebut berfungsi dengan baik. Dari ujian yang telah saya jalankan agak lama menguji keberkesanan alat dark sensor ini, sehingga ke hari ini ianya berfungsi seperti biasa. Belum menampakkan sintom-sintom yang tidak baik. Tapi jika berlaku masalah kepekaan, hanya laraskan pada alat tersebut dengan test pen saja. Selebihnya alat tersebut akan bekerja seperti biasa. Dari manual pemasangan yang diberikan pada setiap unit yang dijual, menampakkan ianya tiada masalah yang dihadapi. Apa pun saya akan buatkan manual pemasangan versi terbaru. Manual tersebut akan saya muatkan di dalam blog ini untuk kemudahan pelanggan yang ingin memasang alat tersebut yang kehilangan manual yang diberi. Ada pelbagai bentuk cara melekatkan sensor ini. Tapi paling penting adalah j...

Hasil pencarian gold detector

Imej
Alat metal detector ini ditukar namanya kepada gold detector sebab tujuan utama alat ini dibina bagi bertujuan untuk mencari emas. Ramai yang bertanya betul ke boleh dapat emas dengan alat ini? Susah nak kata sebab emas tulen memang susah nak jumpa kecuali barang kemas yang dibuat dari emas memang pernah dapat. Untuk mencari emas bukan semua tempat boleh dicari seperti di laman rumah, di belakang rumah atau di tengah padang. Tempat-tempat seperti itu mungkin tidak ada emas melainkan benda-benda lain seperti duit syiling 50/20/20/5/1 sen, penutup botol, penutup tin, lencana besi sekolah, cincin besi/peak/emas tiruan, paku (paling banyak), bateri lama dan sebagainya. Jika nasib baik atau ada rezeki boleh dapat benda-benda lama dan pelik. Contohnya seperti saya pernah dapat duit syiling lama di alam tanah. Tempatnya seperti di kawasan kampung-kampung atau kawasan bekas peninggalan sejarah. Jika anda rajin, bolehlah cari di kawasan bersejarah atau di tempat perdagangan zaman dahulu. Pasti ...

Gold Detector

Imej
Baru baru ini saya berada di PD untuk mncuba gold detector ini di kawasan pantai. Saya keseorangan menguji alat ini untuk mencari sesuatu yang mungkin saya tidak ketahui. Apa pun aktiviti adalah sebelah malam dengan membawa beberapa alatan tambahan seperti sudip menyodok dan lampu LED. Agak sukar sekali apabila bergerak sorang-sorang dengan kegelapan yang samar-samar. Ditambah pula dengan bunyi pukulan ombak yang tidak henti-henti. Saya melaraskan alat pada tahap maksimum di antara bunyi dengan tidak bunyi. Sepanjang pantai saya mengharungi mencari sesuatu yang menarik dan penting mencari kepuasan. Ianya berhasil (maaf tiada gambar direkodkan) Jika di kasawan rumah kita boleh menjumpai duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen, jika di pantai munkin lebih dari itu yang boleh kita jumpa. Pada masa akan datang saya dengan beberapa member akan ke Mersing untuk aktiviti di sana pula. Selepas ini beberapa alat gold detector akan dihasilkan lagi mengikut tempahan orang ramai. Apa yang bestnya k...

Antara Produk Baru

Imej
Setelah membuat beberapa ujian dan juga kajian terhadap produk baru, tiba masanya untuk saya membuat persediaan menyiarkan alat gold detector. Ianya produk paling lama dalam R&D kerana saya ingin memastikan keberkesanan alat ini dalam pelbagai keadaan dan situasi yang kita tidak ketahui. Walaupun alat ini biasa-biasa saja dan boleh diperolehi dan dibeli di tempat lain, bagi saya ini adalah produk tempatan dan versi Malaysia punya. Pada permulaan versi, alat ini mengalami masalah yang sukar untuk saya kesan kerana ketidak stabilan pengesan ini mengesan material logam dan yang paling penting adalah emas. Disebabkan itu saya namakan gold detector. Bukan sekadar mengesan emas tetapi tugas utamanya adaah mengesan material logam. Agak keterlaluan pula rasanya jika saya katakan alat ini boleh mengesan emas semata-mata. Untuk kesan paip dalam tanah pun boleh juga. Mengesan material logam dalam tanah seperti duit syiling, kunci, rantai besi dan sebagainya. Alat ini telah diuji dan saya mem...

Dark Sensor (lampu automatik)

Dark sensor atau pun nama lain alat untuk lampu automatik boleh digunakan untuk semua jenis lampu rumah yang menggunakan talian voltan 240VAC. Ianya direka khas untuk menghidupkan lampu apabila hari gelap dan menutupnya semula apabila hari terang atau siang. Alat ini tidak terganggu daripada pancaran lampu yang menyala yang dipasang berdekatan dengan lampu. Asalkan ianya tidak menghalakan sensor bertentangan dengan lampu. Lampu paling sesuai adalah lampu panjang atau kalimantang. Lampu pijar atau lampu bulat juga boleh dipasang dengan alat ini cuma ianya tidak secantik nyalaan lampu kalimantang. Saya ada merakamkan video yang mana alat ini dipasang pada lampu di rumah. Ianya hanya sekadar ujian sahaja untuk membuat perbandingan waktu terang dengan waktu gelap. Cuba anda perhatikan juga nyalaan lampu tidak mengganggu alat tersebut walaupun keadaan diterangi oleh lampu tersebut. Pada video, bukan begitu caranya alat tersebut diletakkan. Sebenarnya ia dilekatkan pada syiling berdekatan pa...

Starter Lock

Imej
Ini bukannya produk baru tetapi nama dan juga circuit di dalamnya telah ditingkatkan kemampuannya. Fungsi tetap sama cuma ianya tahan lama. Namun begitu jaminan produk tetap diberikan sehingga mana ianya masih boleh berfungsi dengan baik. Ia digelar sebagai stater lock yang befungsi sebagai kunci kepada penghidup enjin walaupun kunci kereta digunakan seperti biasa. Ia menggunakan sistem sensor sentuh untuk menghidupkan enjin seperti biasa. Versi terbaru ini terdapat sistem bunyi amaran semasa kunci kereta diputarkan untuk menghidupkan enjin sekiranya teknik yang betul tidak digunakan. Namun begitu alat ini boleh digunakan atau pun tidak hanya dengan satu suis yang disorokkan dari pandangan mata kasar. Dengan menekan suis tersebut, alat ini tidak berfungsi dan enjin kereta boleh dihidupkan seperti biasa. Apabila starter lock ini befungsi, enjin kereta tidak boleh dihidupkan seperti biasa. Untuk menghidupkan enjin, suis perlu dipusing seperti biasa dan pada masa yang sama satu jari perl...

Dark Sensor for Home Light

Imej
Antara produk yang dicari-cari oleh semua orang. Alat yang bersaiz kecil dan boleh diselit pada mana-mana sudut. Tahan lasak dan tiada kesan sampingan kepada alatan elektrik yang disambung dengannya. Produk ini diberi nama Pengesan Gelap yang berfungsi menghidupkan lampu rumah secara automatik apabila hari gelap atau malam. Sensor LDR terdapat pada alat ini bertindak sebagai pengesan cahaya persekitaran. Jika waktu malam atau hari gelap, alat ini akan menghidupkan lampu di rumah secara automatik. Kebiasaan pengguna menggunakan alat ini pada lampu luar rumah atau lampu parking kereta. Ia boleh dijadikan alat keselamatan rumah apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari seperti balik kampung, out station dan sebagainya. Rumah anda tidak bergelap lagi walaupun anda tiada di rumah. Anda tidak perlukan timer dipasang pada lampu rumah anda. Hanya dengan alat ini, ia boleh melakukan tugasan setiap hari iaitu menghidupkan lampu rumah apabila hari gelap. Setelah anda memasang alat ini, anda...

Produk Ada Tapi Kena Hold

Ini satu keadaan yang perlu dihadapi kerana sebab tertentu yang mesti dipatuhi. Jika dilihat pada ruangan produk pada web site, terdapat beberapa produk baru yang dimasukkan tetapi belum boleh dijual lagi. Ramai yang bertanya mengenai hal tersebut. Apa yang boleh dikatakan hanyalah tunggu sehingga masa yang sesuai untuk dilancarkan penjualannya. Buat masa ini hanya produk seperti Sensor Gelap mendapat sambutan yang baik oleh orang ramai. Buat masa ini juga tiada sebarang maklum balas dari pengguna yang menggunakan produk tersebut. Ini bukan bermakna perlu ambil ringan untuk masa ini tetapi perlu bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan seperti berlaku kerosakan dan sebagainya. Pada kami masih ada lagi banyak senarai produk kreatif yang akan dimasukkan dalam ruangan jualan di web site. Namun masih belum boleh lagi untuk disiarkan atau dimulakan penjualannya. Jika sampai pada satu tahap kelak, mungkin kami akan adakan penjualan secara besar-besaran seluruh Malaysia. Ini melibatkan b...

Produk berubah

Ramai yang bertanyakan kenapa produk Touch Sense Immo tu sudah tiada lagi? Kenapa ada pula penambahan produk tapi semuanya coming soon. Jawapannya, sebab saya dah hentikan penjualan Touch Sense Immo untuk sementara waktu kerana sebab-sebab tertentu dan melakukan R&D semula. Saya ada hubungi seseorang dari Autralia mengenai produk ini yang beliau pernah hasilkan dan dijual melalui internet. Jika anda mahukan produk ini boleh beli melalui orang Autralia ini terus melaluinya. Harga yang beliau tawarkan adalah murah dan saya tidak mengambil sebarang persen pun dari beliau. Anda boleh cari di e-bay. Begitu juga dengan alat penjimat petrol untuk kereta yang telah dicipta oleh Abg Fareed. Saya cadang untuk mempromosikan produk beliau dengan percuma sahaja melalui blog ini. Tolong kawan mempromosi barang di Malaysia, walupun produknya laku di US. Itu pun kerana saya telah membuat R&D alat tambahan pada rekaan beliau. Alat tersebut sudah siap cuma memerlukan masa yang sesuai untuk ke la...

Dark Sensor mula dijual

Imej
Produk Dark Sensor sudah mula dijual di serata tempat yang berpotensi. Alat ini perlu dipasang dan dibuat pendawaian ringkas pada lampu rumah yang sedia ada. Baru sahaja di lancarkan, sudah mula nampak sambutan yang menggalakkan. Pelanggan pertama bukan menggunakan produk ini di rumah tetapi di premis beliau. Ini kerana beliau setiap awal pagi perlu datang ke premisnya untuk mematikan lampu luar. Dengan memperkenalkan produk dark sensor ini, beliau tidak perlu lagi datang awal pagi ke premisnya semata-mata untuk tutup lampu dan kemudian balik ke rumah semula (sebab waktu buka kedai pukul 10 pagi). Kebanyakkan produk ini terjual untuk dipasang pada rumah. Namun begitu bagi yang tidak pernah buat wiring pada lampu, manual disertakan. Seperti mana cara untuk memasang lampu, ianya lebih mudah lagi pemasangan produk ini berbanding memasang lampu. Oleh itu sudah ada peluang kepada kontraktor pendawaian untuk menyediakan servis memasang lampu dan alat ini. Target utama menjadikan setiap rumah...

Sambutan Hangat

Imej
Produk Touch Sense Immobiliser menjadi pilihan pelanggan buat masa ini. Ianya dipasang pada kenderaan persendiri bagi tujuan sistem keselamatan. Lebih menarik perhatian kerana ia menukar cara menghidupkan enjin dengan hanya sensor sentuhan jari. Dengan kaedah itu, hanya pemilik kenderaan saja yang tahu untuk menghidupkannya. Setiap kenderaan mempunyai lokasi strategik untuk diletakkan sensor sentuhan. Setelah membuat demo pada kenderaan, alat ini mendapat sambutan ramai. Sambutan ramai adalah pada pemilik kenderaan semua jenis. Pada pemilik kenderaan biasa (bukan mewah), dengan pemasangan alat ini, menjadikan kenderaan tersebut seperti kenderaan mewah. Ini disebabkan cara menghidupkan enjin yang agak unik sekali. Produk ini telah di upgrade kepada versi terbaru berbanding versi lama yang sering kali mengalami kerosakan dan mempunyai tarikh luput kerana tindak bala tepu pada sensor sentuh. Oleh itu Idea Ekstreme Network membuat R&D semula pada alat ini untuk dimajukan. Kepada yang m...

Tawaran sementara

Tawaran sementara waktu sahaja untuk produk Touch Sense Immobiliser. Harga akan dinaikkan kepada RM350 seunit. Ini kerana permintaan tinggi dan komisyen akan diberikan kepada setiap pembeli yang berjaya menjual produk ini kepada orang lain. Untuk menjadi agen boleh jadi automatik dengan pembelian alat ini. Setiap pembelian akan direkod dalam data seperti maklumat pembeli untuk memudahkan pemberian komisyen jika ada pembeli yang diperkenalkan. Jadi rebut tawaran ini sebelum harga dinaikkan. Harga tersebut tidak akan dinaikkan lagi kerana itulah harga tertinggi setakat ini. Walaubagaimana pun harga tersebut masih lagi murah dalam pasaran. Namun begitu jika anda berminat untuk membeli secara borong pada kuantiti yang banyak untuk diniagakan, harga boleh dirunding ke tahap yang paling rendah. Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh rujuk di laman web MyEnik. www.myenik.com dan klik pada produk.

Jualan Touch Sense Immobiliser

Jualan untuk produk Touch Sense Immobiliser sudah dibuka. Penjualan sudah lama di buka tetapi baru sekarang diberitahu melalui blog ini. Ini bertujuan untuk melihat sambutan terhadap alat ini. Ternyata sambutan hangat sekali. Ini kerana penawaran harga yang sangat murah berbanding harga di pasaran sekarang yang melebihi dua kali ganda. Untuk pembelian anda boleh terus ke Link Ini. Atau terus ke web site MyEnik dan klik pada bahagian produk. Selain itu juga ditawarkan kepada wakil penjual yang ingin menjual produk ini di kawasan tempat kediaman anda. Promosi melalui internet diberikan percuma. Maksudnya wakil penjual tidak perlu membuat promosi melalui internet kerana ianya dilakukan sendiri oleh Produk Kreatif. Wakil penjual yang perlu menerima panggilan sahaja sekiranya terdapat pembeli berdekatan dengan tempat kediaman wakil penjual. Segalam maklumat berkatian boleh dilihat di web site MyEnik. Harga yang ditawarkan adalah RM250 sahaja. Namun harga boleh turun ke harga RM230. Sila k...

Produk untuk penggemar hobi kit - PROKIT

MyEnik memperkenalkan produk projek kit elektronik yang menggunakan veroboard. Kebanyakan projek hobi kit menyediakan PCB di dalam setiap pakej yang dijual. Penggunaan veroboard selalu digunakan oleh mereka yang memulakan langkah pertama dalam hobi rekcipta eprojek elektronik. MyEnik memperkenalkan 18 jenis projek kit untuk keluaran pertamanya. Sementara itu MyEnik mengajak penggemar hobi kit memasuki ruangan PROKIT yang disediakan untuk melihat sendiri dan mengisi borang kajiselidik. Ini bertujuan pihak MyEnik dapat mengetahui permintaan dan selera masa kini terhadap produk yang ditawarkan. MyEnik sudah mengambil masa yang agak lama memikirkan cara penyediaan yang paling sesuai kepada penggemar hobi kit projek elektronik terutama kepada mereka yang baru berjinak-jinak di dalam bidang rekacipta projek elektronik. Sehubungan dengan itu MyEnik telah mencadangkan dan pada masa yang sama memperkenalkan teknik dua dalam satu iaitu mengisi masa lapang dengan hobi sambil belajar. Setiap pakej...

Ujian terhadap produk

Imej
Produk -produk yang terdapat di dalam blog ini telah melalui proses ujian atau R&D bagi memastikan keberkesanannya apabila sampai ke tangan pengguna. Proses ini penting dan ianya salah satu kewajipan yang mesti dilakukan agar produk yang digunakan tidak menimbulkan pelbagai masalah besar. Ada sesetengah produk mengambil masa yang agak lama untuk dipasarkan kerana proses pengujian berterusan yang mesti dilakukan. Jika yakin dengan ujian dan ketahanan produk tersebut, jadi ianya akan datang sendiri keyakinan kepada pengguna. Ini kerana ada sesetengah pengguna tidak menghiraukan proses yang dijalankan untuk memastikan produk tersebut adalah yang terbaik. Manakala ada juga yang mengambil berat dan agak cerewet dengan pelbagai perkara terutama sekali kualiti dan ketahanan produk. Sebab itulah adalah pihak-pihak dan sektor-sektor tertentu yang menyediakan satu lorong untuk mengutamakan kualiti dan kekuatan produk seperti SIRIM dan sebagainya. Jadi bergantung kepada pengguna untuk menentu...

Dark Sensor untuk lampu rumah

Imej
Satu lagi produk dikeluarkan minggu ini adalah Dark Sensor untuk lampu rumah, lampu pejabat, lampu kedai, lampu jalan dan sebagainya. Fungsinya adalah menyalakan lampu sedia ada apabila hari gelap dan padam apabila hari siang. Jika lampu luar rumah kita dihidupkan secara manual apabila malam, dengan alat ini ia melakukan kerja rutin anda secara automatik. Hanya on suis lampu, alat ini melakukan kerjanya. Jika tidak mahu, off kan saja suis lampu. Untuk pemasangan sangat mudah giler. Hanya pasang dengan sambungan pada wayar lampu dan selitkan alat ini pada mana-mana tempat yang anda suka asalkan sensornya tidak menghadap lampu yang dipasang dan tidak menutupinya. Yang penting sensornya menghala ke arah sumber cahaya matahari. Nanti alat ini boleh kesan kehadiran cahaya matahari atau tidak. Sebelum alat ini dibuka untuk jualan umum, ianya sudah mendapat sambutan dan tempahan awal. Saya tidak nyatakan kegunaan dan kebaikan alat ini, tetapi mereka yang pertama kali mendengar akan alat ini s...

Touch Sense Immobiliser

Imej
Produk pertama yang akan dikeluarkan untuk jualan adalah alat keselamatan kereta Touch Sense Immobiliser. Alat yang dipasang pada kenderaan berenjin seperti kereta, van, MPV, lori dan apa saja kenderaan asalkan ia mempunyai sistem penghidup enjin (starter). Motosikal tidak boleh dipasang walaupun ada juga motosikal yang mempunyai sistem penghidup elektrik. Nak dipasang pada motor pun boleh kalau nak juga, tapi ciri-ciri keselamatannya masih tidak boleh dijamin 100%. Haa.. kalau scooter boleh tapi masih belum boleh menjamin kesannya seperti kereta. Jadi apakah fungsi alat keselamatan ini. Untuk tatapan umum saya rasa amat sesuai ianya dijelaskan di dalam blog ini. Dengan kelebihan ini, bakal pembeli mungkin rasa lebih yakin dan fikir dahulu sebelum membeli. Namun begitu seperti yang saya pernah katakan dahulu bahawa kebanyakan produk yang diwarwarkan di dalam blog ini adalah buatan tempatan dan original dari produksi saya sendiri. Jadi ianya tidak dijual di mana-mana kedai bagi produk ...

Cadangan Produk Terbaru

Beberapa produk sudah pun siap dan ada yang hampir siap menunggu saat-saat diumumkan. Tidak kiralah melalui saluran mana sekali pun ianya didedahkan tetapi ianya masih dalam penantian saat-saat yang sesuai. Antara produk yang mungkin akan dikeluarkan adalah seperti berikut yang asalnya banyak datang dari laman web MyEnik. Transistor Tester Alat yang boleh memeriksa keadaan transistor sama ada rosak atau pun dalam keadaan baik. Kelebihannya ia boleh mengukur transistor pada papan litar tanpa perlu mengeluarkan mana-mana kaki transistor dari papan litar. Cara penggunaan yang mudah. Dark Sensor Digunakan pada lampu 240VAC yang terdapat dalam rumah. Sangat sesuai untuk lampu di tempat parking kereta atau beranda rumah. Selain rumah boleh juga dipasang pada premis. Fungsinya menghidupkan lampu kalimantang atau lampu pijar secara automatik. Bila hari malam, alat ini akan menghidupkan lampu dan bila malam alat ini mematikan lampu secara automatik. Anti Hijack For Car Alat anti hijack untuk ke...

Cadangan Produk

Setelah lama saya menyepikan diri akhirnya saya kembali sekali lagi untuk menghidupkan blog ini. Selamat datang kepada saya. Sebelum ini saya banyak kali menyatakan produk baru yang akan muncul dan ianya masih belum muncul. Disebabkan banyak perkara dan masalah yang saya tempuhi sebelum ini menyebabkan produk baru tersebut tidak dapat dikeluarkan. Pada minggu ini setelah segalanya sudah berakhir, saya kembali semula dan berhasrat untuk menumpu sepenuhnya di sini dan di beberapa blog lain lagi. Pendek kata saya akan berada di internet seperti dulu. Oleh itu hasrat saya untuk mengeluarkan produk baru akan tercapat juga. Jika dulunya saya agak kuatir dengan produk yang hendak saya keluarkan disebabkan terikat dengan pihak lain dan menjaga hak pemilikan produk.  Itu tidak kekal lama dan saya memperolehi hak saya semula. Dengan memahami semua produk yang saya reka dan hasilkan sendiri, memang agak sukar untuk pihak lain meniru dan merampas hak milik.  Kesabaran dan kecekalan menjadikan saya...

Produk Sendiri Akan Dipasarkan

Imej
Pada masa terdekat ini sebelum beberapa produk akan disiarkan di dalam blog ini, saya merancang untuk memasarkan di luar dahulu. Ianya berlaku setelah selesai proses menguji produk sehingga ianya mencapai piawai yang telah ditetapkan. Kebanyakan produk berasaskan keselamatan rumah dan kenderaan. Alatan keselamatan untuk kenderaan adalah target utama sebagai killer produk. Saya jangkakan ianya menjadi produk sasaran. Selain itu juga produk lain-lain seperti power supply dan juga produk yang pernah saya rekakan untuk student juga mungkin akan diprodukkan. Semua itu bergantung kepada permintaan dan juga populariti sesuatu produk tersebut. Alatan untuk kenderaan lupa saya terfikir untuk sistem keselamatan motor dan juga aksesori tambahan untuk motosikal. Ianya seperti lampu brek keselamatan, sistem penghidup enjin pintar, sensor dan alat pengukur sistem elektrik motor. Kalau kereta ada produk seperti i-charge atau smart-cas, motor juga tidak ketinggalan. Mungkin saya akan hasilkan produk t...