Translate Your Language

Rabu, 25 Mac 2009

Ujian terhadap produk

Produk -produk yang terdapat di dalam blog ini telah melalui proses ujian atau R&D bagi memastikan keberkesanannya apabila sampai ke tangan pengguna. Proses ini penting dan ianya salah satu kewajipan yang mesti dilakukan agar produk yang digunakan tidak menimbulkan pelbagai masalah besar. Ada sesetengah produk mengambil masa yang agak lama untuk dipasarkan kerana proses pengujian berterusan yang mesti dilakukan.

Jika yakin dengan ujian dan ketahanan produk tersebut, jadi ianya akan datang sendiri keyakinan kepada pengguna. Ini kerana ada sesetengah pengguna tidak menghiraukan proses yang dijalankan untuk memastikan produk tersebut adalah yang terbaik. Manakala ada juga yang mengambil berat dan agak cerewet dengan pelbagai perkara terutama sekali kualiti dan ketahanan produk.
Sebab itulah adalah pihak-pihak dan sektor-sektor tertentu yang menyediakan satu lorong untuk mengutamakan kualiti dan kekuatan produk seperti SIRIM dan sebagainya. Jadi bergantung kepada pengguna untuk menentukannya. Namun begitu kos untuk setiap proses yang dijalankan juga perlu diambil kira terutama kepada mengusaha dan tidak kepada pengguna.