Begitu juga dengan alat penjimat petrol untuk kereta yang telah dicipta oleh Abg Fareed. Saya cadang untuk mempromosikan produk beliau dengan percuma sahaja melalui blog ini. Tolong kawan mempromosi barang di Malaysia, walupun produknya laku di US. Itu pun kerana saya telah membuat R&D alat tambahan pada rekaan beliau. Alat tersebut sudah siap cuma memerlukan masa yang sesuai untuk ke lab beliau di Damansara.
Produk tambahan lain yang dinyatakan dalam web site MyEnik sebenarnya sudah diproduksikan. Hanya tunggu kelulusan proses hakcipta sahaja. Harga juga masih belum dipersetujui sepenuhnya. Namun begitu saya menjalankan semua proses keseorangan lagi dan untuk staff dan partner masih belum diberikan tugas yang sesuai.