Dari ujian yang telah saya jalankan agak lama menguji keberkesanan alat dark sensor ini, sehingga ke hari ini ianya berfungsi seperti biasa. Belum menampakkan sintom-sintom yang tidak baik. Tapi jika berlaku masalah kepekaan, hanya laraskan pada alat tersebut dengan test pen saja. Selebihnya alat tersebut akan bekerja seperti biasa.
Dari manual pemasangan yang diberikan pada setiap unit yang dijual, menampakkan ianya tiada masalah yang dihadapi. Apa pun saya akan buatkan manual pemasangan versi terbaru. Manual tersebut akan saya muatkan di dalam blog ini untuk kemudahan pelanggan yang ingin memasang alat tersebut yang kehilangan manual yang diberi.
Ada pelbagai bentuk cara melekatkan sensor ini. Tapi paling penting adalah jangan hadapkan sensor pada lampu yang dipasang. Sensor mestilah menghadap ke sumber cahaya matahari. Oleh itu alat mudah untuk kesan sama ada hari siang atau malam. Bagaimana pula jika hari mendung? Kalau mendungnya seperti hari nak malam, lampu akan menyala. Sensor ini tidak terganggu oleh cahaya lampu yang menyala.
Terima kasih kepada anda yang sudah memasang alat ini. Jika ada masalah, emailkan kepada saya dengan segera. Jika ada tempahan banyak sila emailkan juga supaya saya tidak kelam kabut seperti sebelum ini kerana tempahan yang banyak.