Jadi apakah fungsi alat keselamatan ini. Untuk tatapan umum saya rasa amat sesuai ianya dijelaskan di dalam blog ini. Dengan kelebihan ini, bakal pembeli mungkin rasa
lebih yakin dan fikir dahulu sebelum membeli. Namun begitu seperti yang saya pernah katakan dahulu bahawa kebanyakan produk yang diwarwarkan di dalam blog ini adalah buatan tempatan dan original dari produksi saya sendiri. Jadi ianya tidak dijual di mana-mana kedai bagi produk tersebut. Apa pun mungkin ada pihak lain yang menjual produk yang sama tetapi bukan dari produksi saya.
Alat ini dipasang pada kenderaan atau lebih senang kalau saya katakan kereta. Untuk pemasangan akan disertakan manual pemasangan dan servis pemasangan percuma juga diberikan jika pembeli berada di sekitar Lembah Klang. Maknanya saya mempunyai juruteknik pemasangan yang memberi khidmat memasang alatan tersebut pada kereta. Bagi yang berada di luar Lembah Klang anda boleh pasang sendiri berpandukan manual yang disertakan atau pun meminta bantuan pemasangan dari kedai-kedai aksesori kereta atau bengkel wiring. Hanya perlu berikan manual, pemasangan alat tersebut akan dilakukan.
Dengan pemasangan alat ini, enjin kereta tidak boleh dihidupkan walaupun suis starter enjin telah ON. Bunyi amaran buzzer akan berbunyi semasa suis starter dihidupkan sekiranya pemandu tidak menyentuh objek rahsia yang dipasang melalui alatan tersebut. Tempat rahsia akan ditentukan oleh pemilik kereta dijadikan tempat sentuhan jari bagi menghidupkan enjin kereta. Sekiranya suis starter ON tetapi tiada sentuhan dibuat, enjin tidak hidup. Semasa suis starter ON dan jari menyentuh objek rahsia, enjin kereta akan hidup.
Dengan teknik ini, hanya pemilik kereta sahaja mengetahui di manakah lokasi rahsia sensor
sentuh tersebut. Jika orang lain cuba menghidupkan enjin kereta, pasti tidak boleh kerana disekat oleh alat ini. Pada masa yang sama, buzzer juga berbunyi seolah-olah kereta tersebut bermasalah.
Alat ini telah dipasang pada beberapa pelanggan yang telah mencubanya. Mereka sangat berpuas hati dan merasakan sistem ini menyeronokkan. Jika mereka tinggalkan kunci di dalam kereta sekali pun tidak perlu risau kerana enjin kereta mereka tidak boleh dihidupkan oleh orang lain yang tidak mengetahui sistem ini. Lagi pula lokasi sensor sentuhan sukar untuk dicari oleh orang lain dan sangat mengelirukan.
Sistem ini disertakan dengan suis by-pass jika mahu menggunakan suis starter enjin seperti biasa tanpa perlu sentuhan sensor. Cara ini digunakan untuk kes-kes tertentu seperti menghantar kereta di car wash, kereta yang dipinjamkan oleh pasangan atau adik beradik atau menghantar servis kereta. Dengan ONkan suis tersebut, sistem tidak akan berfungsi dan penghidupan enjin adalah seperti biasa/normal. Namun begitu, lokasi suis tersebut juga dirahsiakan dan hanya pemilik kereta saja yang tahu. Jika penceroboh nampak sekali pun mereka keliru dengan suis tersebut.
Versi alatan ini telah upgrade kepada yang lebih tahan lasak dan direka untuk perlindungan arus tinggi. Lebih menarik, selain kereta, lori juga boleh dipasang dengan alat ini. Tidak seperti produk yang sama level dengannya, alat seumpamanya di luar pasaran tidak boleh dipasang pada lori atau mana-mana kenderaan yang mempunyai voltan melebihi 12Volt atau 24volt. Alat ini boleh dipasang tanpa perlu penambahan alatan lain.
Untuk pembelian atau tempahan, sila klik link yang akan diberikan kemudian. Jika berminat untuk menjadi pengedar juga boleh tetapi bukan sekarang. Kena tunggu tawaran yang akan diumumkan nanti. Buat masa ini walaupun produk ini sudah mula terjual dan banyak permintaan, di dalam blog ini saya perlu war-warkan dahulu. Nak kena bagi panas dulu.