Ia menggunakan sistem sensor sentuh untuk menghidupkan enjin seperti biasa. Versi terbaru ini terdapat sistem bunyi amaran semasa kunci kereta diputarkan untuk menghidupkan enjin sekiranya teknik yang betul tidak digunakan. Namun begitu alat ini boleh digunakan atau pun tidak hanya dengan satu suis yang disorokkan dari pandangan mata kasar. Dengan menekan suis tersebut, alat ini tidak berfungsi dan enjin kereta boleh dihidupkan seperti biasa.
Apabila starter lock ini befungsi, enjin kereta tidak boleh dihidupkan seperti biasa. Untuk menghidupkan enjin, suis perlu dipusing seperti biasa dan pada masa yang sama satu jari perlu menyentuh pada bahagian rahsia yang dipasang pada kereta. Tempat rahsia itu hanya pemilik kereta sahaja yang tahu. Oleh itu, sekiranya kunci ditinggalkan di dalam kereta dengan enjin dimatikan, dan kemudian ada orang tidak dikenali cuba untuk menghidupkan enjin kereta, usahanya pasti tidak berhasil kerana alat stater lock ini.
Sekiranya anda ingin menghantar kereta di car wash atau bengkel, on suis untuk mematikan alat ini. Yang pasti jangan benarkan sesiapa tahu cara menghidupkan enjin kereta anda kepada orang yang tidak dikenali. Tiada gunanya sekira segala rahsia ini diketahui oleh orang yang tidak dikenali yang memang minat dengan kereta anda. Tapi jika anda benar-benar rasa ada orang mengetahui rahsia stater lock dipasang pada kereta anda, ianya boleh diubah dan masih ada cara lain lagi. Atau pun hubungi saya semula untuk set semula installation.
Alat ini terdapat dalam pelbagai bentuk tetapi fungsi masih tetap sama. Semua wayar dalam warna hitam. Begitu juga dengan kotaknya warna hitam dan akan dipasang dan disorok di bawah dashboard kereta. Untuk pengetahuan, alat ini boleh dipasang pada semua jenis kenderaan beroda empat keatas. Motosikal tak boleh sebab ia guna kick starter. Kereta, lori, bas dan sebagainya boleh dipasang. Kerta baru atau lama, kereta murah atau mahal, semuanya boleh pasang alat ini.