Jika nasib baik atau ada rezeki boleh dapat benda-benda lama dan pelik. Contohnya seperti saya pernah dapat duit syiling lama di alam tanah. Tempatnya seperti di kawasan kampung-kampung atau kawasan bekas peninggalan sejarah. Jika anda rajin, bolehlah cari di kawasan bersejarah atau di tempat perdagangan zaman dahulu. Pasti akan jumpa sesuatu yang menarik. Ada rezeki boleh dapat duit syiling emas. Manalah tau kan. Gambar sebelah ni adaah duit syiling Malaya lama. Gambar seperti paku, duit syiling 10 sen, tutup botol tidak perlulah saya ambil dan tunjukkan di sini.
Untuk mencari emas, target penting adalah ketulan emas atau gold nugget. Jika dapat sebesar ibu jari sudah memadai boleh tampung perbelanjaan sebulan jika dijual. Kalau nak lebih, kumpulkan sampai jadi banyak. Bagi saya alat gold detector ini tiada masalah untuk mengesan logam-logam kecil sebesar ibu jari atau kurang sikit darinya. Sedangkan sekeping duit syiling 5 sen masih boleh dikesan. Satu lagi jika anda terjumpa bom zaman jepun, cepat-cepat bagitau polis. Tapi buat masa ni saya belum pernah pula jumpa bom atau peluru berpandu ke.
Jika dilihat pada video-video mat saleh kat luar negara, mereka melakukan aktiviti seperti ini sudah lama dan menjadi kebiasaan penggemar hobi unik ini. Di Malaysia juga sudah lama tapi bergerak secara senyap-senyap seperti berlaku di Mersing (tapi sekarang dah seluruh Malaysia tahu). Tapi untuk gold detector ini tidak mampu lagi mengesan emas sebesar gula pasir atau kepala mancis. Untuk pencarian itu perlulah guna dulang atau kuali. Saya sedang cuba hasilkan dan kaji alat pengesan yang boleh mengesan emas kecil sebesar gula pasir.
Tapi sebelum itu alat gold detector ini harus digunakan dahulu sebab banyak tempat yang belum diterokai lagi. Lagi pun saya sedang bina beberapa gold detector untuk ahli group saya dan beberapa tempahan lagi. Satu lagi metal detector yang boleh kesan kedalam sehingga 6 kaki masih belum boleh saya buat sebab memerlukan kos tinggi. Melainkan jika ada orang yang boleh sponsor, ok jugak. (Susah nak minta duit orang nih... he he he)