Transistor Tester
Alat yang boleh memeriksa keadaan transistor sama ada rosak atau pun dalam keadaan baik. Kelebihannya ia boleh mengukur transistor pada papan litar tanpa perlu mengeluarkan mana-mana kaki transistor dari papan litar. Cara penggunaan yang mudah.
Alat yang boleh memeriksa keadaan transistor sama ada rosak atau pun dalam keadaan baik. Kelebihannya ia boleh mengukur transistor pada papan litar tanpa perlu mengeluarkan mana-mana kaki transistor dari papan litar. Cara penggunaan yang mudah.
Dark Sensor
Digunakan pada lampu 240VAC yang terdapat dalam rumah. Sangat sesuai untuk lampu di tempat parking kereta atau beranda rumah. Selain rumah boleh juga dipasang pada premis. Fungsinya menghidupkan lampu kalimantang atau lampu pijar secara automatik. Bila hari malam, alat ini akan menghidupkan lampu dan bila malam alat ini mematikan lampu secara automatik.
Anti Hijack For Car
Alat anti hijack untuk kereta. Sangat sesuai untuk kereta-kereta lama yang tiada sistem alarm dan seterusnya menghindarkan kereta dari dirampas oleh penjenayah. Apa yang menarik ianya disertakan dengan sistem penghidup enjin keselamatan Touch Sense Immo. sistem relay yang boleh pengguna memilih untuk meletak sistem siren di dalam kereta atau pun mematikan enjin jika berlaku perampasan kereta. Sistem reset pintar hanya pemilik kereta yang tahu.
Sistem Alarm untuk Motosikal
Sistem alarm untuk motosikal-motosikal di Malaysia. Sistem ini mungkin dapat mengganggu pencuri dari mencuba untuk menceroboh motosikal.
Blinking Sistem for Signal Lamp
Alat ini sangat mudah dipasang pada mana-mana mentol untuk kesan kerlipan seperti lampu isyarat kenderaan. Ia pengganti kepada relay flash yang terdapat pada kenderaan seperti motosikal atau kereta. Boleh dipasang pada lampu brek kenderaan.
Buat masa ini, itu sahaja yang mungkin akan keluar untuk masa terdekat. Ada banyak lagi tetapi saya rasa belum sesuai lagi saya umumkan.