Translate Your Language

Jumaat, 8 Mei 2009

Dark Sensor mula dijual

Produk Dark Sensor sudah mula dijual di serata tempat yang berpotensi. Alat ini perlu dipasang dan dibuat pendawaian ringkas pada lampu rumah yang sedia ada. Baru sahaja di lancarkan, sudah mula nampak sambutan yang menggalakkan.


Pelanggan pertama bukan menggunakan produk ini di rumah tetapi di premis beliau. Ini kerana beliau setiap awal pagi perlu datang ke premisnya untuk mematikan lampu luar. Dengan memperkenalkan produk dark sensor ini, beliau tidak perlu lagi datang awal pagi ke premisnya semata-mata untuk tutup lampu dan kemudian balik ke rumah semula (sebab waktu buka kedai pukul 10 pagi).

Kebanyakkan produk ini terjual untuk dipasang pada rumah. Namun begitu bagi yang tidak pernah buat wiring pada lampu, manual disertakan. Seperti mana cara untuk memasang lampu, ianya lebih mudah lagi pemasangan produk ini berbanding memasang lampu. Oleh itu sudah ada peluang kepada kontraktor pendawaian untuk menyediakan servis memasang lampu dan alat ini.

Target utama menjadikan setiap rumah memiliki produk ini. Pada masa yang sama ia boleh menjimatkan penggunaan elektrik dengan mengelak pembaziran. Jika selalu lampu di'on' setiap malam dan off pada pagi secara manual, dengan alat ini ia menjalankan tugasan anda secara automatik.

Sila ke http://www.myenik.com/produkrumah untuk pembelian dan maklumat lanjut.