Baru baru ini saya berada di PD untuk mncuba gold detector ini di kawasan pantai. Saya keseorangan menguji alat ini untuk mencari sesuatu yang mungkin saya tidak ketahui. Apa pun aktiviti adalah sebelah malam dengan membawa beberapa alatan tambahan seperti sudip menyodok dan lampu LED.
Agak sukar sekali apabila bergerak sorang-sorang dengan kegelapan yang samar-samar. Ditambah pula dengan bunyi pukulan ombak yang tidak henti-henti. Saya melaraskan alat pada tahap maksimum di antara bunyi dengan tidak bunyi. Sepanjang pantai saya mengharungi mencari sesuatu yang menarik dan penting mencari kepuasan. Ianya berhasil (maaf tiada gambar direkodkan)
Jika di kasawan rumah kita boleh menjumpai duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen, jika di pantai munkin lebih dari itu yang boleh kita jumpa. Pada masa akan datang saya dengan beberapa member akan ke Mersing untuk aktiviti di sana pula.
Selepas ini beberapa alat gold detector akan dihasilkan lagi mengikut tempahan orang ramai. Apa yang bestnya kalau beli melalui kami, akan diberikan khidmat nasihat percuma dan jika berlaku masalah menggunakan alat ini, kami akan berikan khidmat percuma juga. Tiada had masa.
Setelah difikirkan dan dibuat pengiraan kos dan pembuatan, harga seunit Gold Detector ini adalah RM1,800.00. Harga tersebut merangkumi pelbagai kos. Satu sebab lagi saya tidak mahu hasilkan alat ini terlalu banyak. Cukuplah dengan beberapa unit sahaja. Selebihnya saya buat dan jual untuk ahli kumpulan sahaja. Jika mahukan yag lebih murah lagi boleh hubungi saya dan saya akan berikan penjelasan mengenai alat ini.
Tempahan juga diterima mengikut kehendak dan permintaan orang ramai. Jika anda berminat untuk menempah, sila emailkan ke produkreatif@gmail.com. Apa pun saya risau dengan permintaan yag banyak sekali seperti produk dark sensor.