Pengesan Logam PI-TRX pratonton
Assalamualaikum. Dalam masa terdekat ini saya pernah menghasilkan satu lagi alat pengesan logam terbaru. Namun fungsi masih lagi sama dengan alat pengesan sebelum ini iaitu jenis PI. Alat terbaru ini diberi nama PI TRX. Perkataan PI masih dikekalkan cuma tambahan kepada abjad TRX. Ia adalah revolusi baru yang dihasilkan daripada penghasilan pengesan PI. Jika sistem PI sebelum ini menggunakan satu coil sahaja, bagi alat baru ini menggunakan double coil, yang mana setiap satu coil mempunyai fungsi tertentu. Bagi segi penggunaan masih lagi sama cuma ada beberapa sedikit perbezaan yang membolehkan pengguna PI sebelum ini rasa puas hati dengan kemunculan PI TRX. Namun dari segi perbezaan pengesanan pula boleh menampakan perbezaan positif. Jika ditunjukkan hasil pengujian, ia mampu mengesan ketulan nugget emas sekecil dua gram sehingga setengah gram pada jarak 3 hingga 5 inci. Manakala untuk objek logam yang terbesar pula melebihi1 meter. Jika sebelum ini rekabentuk PI sudah diketahui ...