Alat pengesan logam Beat Ballance
Setelah setahun alat pengesan jenis BB atau Beat Ballance dijual tanpa dibuat sebarang penerangan lanjut mengenainya dan juga secara terperinci mengenai teknologi yang digunakan. Malahan juga tiada sebarang maklumat teknikal diperjelaskan di dalam blog atau mana-mana ruangan di dalam internet.
Setelah setahun alat ini terjual begitu saja tanpa sebarang promosi besar-besaran dibuat ianya mendapat sambutan yang baik sekali. Pada kali ini saya akan memperjelaskan keseluruhan mengenai alat pengesan Beat Ballance ini atau dipanggil sebagai detector BB.
Jika anda mengikuti blog ini dan pasti mengetahui akan satu lagi alat pengesan logam jenis BFO. Itu adalah alat pengesan logam jenis BFO yang pertama dibuat dan dijual oleh saya. Jika mengikut sejarah awal alat pengesan logam, jenis BFO adalah yang paling lama sekali sudah melebihi 100 tahun usianya.
Jenis BFO masih digunakan sehingga ke hari ini tetapi pelbagai versi telah dicipta bagi mengatasi pelbagai kelemahan sedia ada. Kemudian tercipta lagi pelbagai jenis alat pengesan sepeti Induction Ballance, Very Low Frequency, Pulse Induction dan pelbagai lagi. Namun setiap jenis terdapat kebaikan dan kelemahan tersendiri. Tidak semua jenis alat pengesan dapat mengikuti kesemua kehendak.
Pada awal jenis alat pengesan yang pernah saya hasilkan dan jual adalah daripada jenis yang paling mudah untuk dihasilkan. Model pertama adalah daripada jenis Induction Ballance. Kemudiannya adalah dari jenis Beat Frequency Oscilator atau BFO. Akhir sekali saya gabungkan kedua-dua fungsi BFO dan IB untuk menjadi BB. Dari gabungan jenis Beat Frequency Oscilator dengan Induction Ballance ia menghasilkan Beat Ballance.
Pengesan dari IB adalah stabil pengendaliannya. Manakala BFO lebih peka kepada kandungan mineral di dalam tanah dan sesuai untuk mengesan black sand. Jadi setelah digabungkan ia menjadi satu alat pengesan yang lebih stabil.
Secara teori binaan di dalam BFO mengandungi dua gegelung wayar bermagnet. Fungsi gegelung pertama sebagai pengesan kepada logam. Manakala fungsi gegelung kedua adalah sebagai rujukan frekuensi yang digunakan. Penggunaan frekuensi rujukan daripada gegelung kedua menjadikan sistem tidak stabil terutama kepada alat yang dibina dengan mudah.
Oleh yang demikian penggunaan hablur atau kristal digunakan kerana ianya lebih efektif bagi menangani masalah ketidak stabilan yang mendadak. Kemudian sistem bateri juga diubah kepada dua bateri bagi mengelakkan perubahan frekuensi ketika tombol volume dilaraskan. Masalah tersebut pernah berlaku kepada sistem alat pengesan BFO sebelum ini kerana menggunakan satu bateri sahaja.
Sistem daripada BFO yang digunakan sebelum ini tidak dibuat pengubahsuaian daripada yang asal kepada yang baru. Sistem terbaru ini iaitu BB ini adalah yang terbaru secara keseluruhannya.
Dari sudut pengesanannya pula tidak sehebat sistem pengesan seperti PI atau VLF yang lebih jauh jarak pengesanannya. Namun begitu jika anda memahami konsep alat pengesan ini, nadi utama adalah gegelung wayar bermagnet yang digunakan. Atau disebut coil. Jika coil yang digunakan adalah sesuai dan betul gandingannya dengan sistem, fungsi pengesanan menjadi lebih baik. Namun bukan boleh dibuat sebarang keinginan kepada coil kerana coil yang tidak sesuai menjadikan fungsi yang sangat tidak baik. Potensi alat tidak memuaskan. Logam dikesan pada jarak yang dekat atau tidak mampu untuk mengesan logam yang bersaiz terlalu kecil.
Saya telah melakukan kajian terhadap alat pengesan logam buatan sendiri ini dengan memahami konsep teori asas pada mulanya. Bukan semua jenis logam atau semua saiz logam yang dapat alat mengesannya dengan baik. Malah ianya tidak mampu sekali. Tetapi bukan semua alat yang tidak boleh mengesan logam yang kecil atau halus kerana alat pengesan yang mempunyai fungsi pin pointer boleh melakukannya.
Jika anda menggunakan alat pengesan jenis BB ini, ia merupakan alat pengesan versi terkini dalam golongan alat pengesan buatan sendiri. Alat pengesan BB ini merupakan alat yang mengandungi sistem BFO dan IB. Tetapi jika digunakan ia lebih berat kepada sistem BFO juga. Cuma ia lebih stabil dan peka. Biasanya nada yang digunakan adalah bernada rendah bagi mendapatkan pengesanan yang terbaik. Apa pun nada tinggi juga boleh digunakan tetapi tidak sepeka yang bernada rendah.
Pada kotak kawalan terdapat tiga pelaras. Iaitu untuk melaraskan kekuatan bunyi nada, kedua untuk melaras frekuensi nada pada speaker dan yang ketiga sebagai pelarasan yang hasulbkepda pelaras kedua tadi. Secara asasnya hanya dua pelarasan sahaja iaitu untuk mengawal kekuatan bunyi dan untuk menentukan frekuensi bunyi pada speaker.
Tidak semua model dipasang dengan speaker. Tapi semua midel terdapat lubang soket untuk headphone. Penggunaan speaker dalaman tidak begitu efektif kerana bunyi yang agak perlahan. Untuk mendengar lebih jelas hanya menggunakan headphone yang disertakan sekali. Headphone yang diberikan adalah standard. Jika perlukan yang lebih baik kualiti pendengaran, bolehbtukar sendiri dengan model headphone yang lebih mahal.
Pengguna alat pengesan BB ini memerlukan kebiasaan untuk membiasakan diri dari segi penggunaan dan pelarasan nada bunyi. Bunyi nada rendah yang sesuai akan menghasilkan pengesanan yang sangat sensitif.
Bagi saya, alat pengesan BB ini merupakan alat pengesan yang paling lama bertahan tanpa perlu penambahbaikan berbanding model sebelum ini. Saya menggunakan juga alat ini di waktu lapang sebagai aktiviti riadah. Saya akui pada mulanya agak sukar untuk kendali alat ini dan tidak memahami konsep sebenar sistem pengesan jenis BFO. Setelah lama bermain kemudiannya barulah datangnya minat dan pada masa yang sama memahami penggunaan alat ini. Minat timbul setelah memperolehi hasil yang lumayan daripada alat ini sahaja dan usaha yang berterusan. Apa pun semua rezeki datangnya dari Allah. Dialah pemberi rezeki. Apa yang penting kita berusaha berterusan.