Translate Your Language

Sabtu, 29 September 2012

Siap R&D

Assalamualaikum. Salam ceria dan salam hormat kepada anda semua. Setelah sekian lama saya sibuk dengan urusan R&D, akhirnya tiba masa untuk saya kembali semula seperti sediakala.

Ketika proses R&D dijalankan sebelum ini, bagi saya peratusan kejayaan yang dilalui adalah 80% sahaja. Ini berlaku dengan pelbagai fartor luaran yang banyak memberi kesan baik dan juga tidak baik. Namun seperti yang tersenarai di dalam cek list, tidak semuanya dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan.

Oleh itu, setelah habis dua minggu diperuntukkan, saya terpaksa kembali semula walaupun masih banyak lagi yang belum dilakukan. Kini penjulan dan juga tempahan dibuka semula. Namun begitu masih ada juga yang membuat tempahan semasa ketiadaan saya sebelum ini. Dan semua tempahan akan disiapkan selepas tempoh ketiadaan saya.

Pada masa yang sama, saya telah melakukan serba sedikit ujian dan pemerhatian kepada pengesan logam PI yang baru ini. Sememangnya alat pengesan logam PI ini mempunyai banyak versi yang akan dihasilkan. Buat masa ini hanya versi standart sahaja yang sempat dihasilkan. Dan baru-baru ini saya sempat membuat pengujian mengesan logam versi lain. Hasilnya sangat baik sekali walaupun terdapat pelbagai perubahan yang perlu dilakukan.

Versi terbaru ini masih mengekalkan penggunaan meter digital. Walaupun begitu bekalan komponen untuk meter digital ini sangat terhad di pasaran dan harga yang berubah-rubah. Selain itu penggunaan piring pengesan juga telah berubah dan meterial yang digunakan juga ditukar kepada gred yang lebih baik untuk mengekalkan kestabilan alat.

Bagi alat pengesan logam BB pula, penghasilnya masih diteruskan walaupun pengesan PI terhasil. Ini kerana masih ada pelanggan yang berminat dengan pengesan jenis BB ini dan harganya pula lebih murah berbanding pengesan PI. Manakala pengesan logam jenis pin pointer pula bersaiz kecil dan hargnya lebih murah berbanding pengesan BB. Namun penggunaan pin pointer adalah terhad kepada fungsi-fungsi tertentu sahaja.

Selepas ini saya akan kembali aktif semula dengan penghasilan produk pengesan logam ini dan juga beberapa produk elektronik lain yang agak tenggelam ditenggelamkan oleh produk pengesan logam ini. Ketika post ini ditulis, stok terbaru sudah ada buat sekian kalinya setelah lama susah untuk menyimpan stok kerana permintaan melebihan stok sedia ada. Jika tiada stok, tempahan perlu dibuat sehingga stok terbaru ada. Masa yang diambil untuk stok baru ada adalah sekitar 3 hingga 5 hari.

Terima kasih.