Translate Your Language

Khamis, 14 Jun 2012

Assalamualaikum. Salam ceria.

Sudah tersangat lama saya tidak update blog ini. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebabnya. Dan ada juga yang sudah mengetahui.

Kini saya baru sahaja ada masa terluang untuk memberikan beberapa info mengenai produk terkini dan sedia ada. Baru-baru ini saya banyak menghabiskan masa untuk melakukan kerja R&D untuk beberapa produk untuk dikomersialkan. Antara produk-produk tersebut adalah Power Generator dan metal detector jenis PI.

Walaupun hanya dua sahaja produk terbaru, ianya mengambil masa yang agak lama untuk dibuat analisis dan kerja pembangunan. Ini kerana saya melakukan kerja-kerja tersebut tanpa dibantu oleh mana-mana pembantu atau mana-mana agensi berkaitan. Jadi, setelah siap, saya akan mengumumkan produk terbaru tersebut mulai kini dan akan datang.

Proses R&D dan Prototaip Metal Detector PI 

Kertas kerja yang mudah akan saya siapkan dan dibentangkan secara ringkas di dalam blog ini tidak lama lagi. Oleh itu bagi anda yang menantikan produk terbaru saya dan ingin melihat hasil kerja saya sebelum ini, tunggulah kemunculannya.

Hasil R&D dan prototaip Power Generator

Untuk jangka waktu tertentu saya akan umumkan juga penjualan produk. Namun begitu pembelian produk hanya diterima untuk tempahan sahaja. Ini kerana produk seperti metal detector PI ini mengambil masa sehingga 5 hari untuk disiapkan bagi setiap unit. Oleh itu dalam masa sebulan produk Metal detector PI hanya mampu dihasilkan 4 unit sahaja. Ianya sangat terhad. Keterangan lanjut akan diberitahu kelak dan masa tempahan akan diumumkan.

Terima kasih kepada para pembeli yang telah membeli beberapa produk dari Produk Kreatif. Sebahagian daripada hasil penjualan produk sebelum ini digunakan untuk menampung kos R&D produk terbaru seperti metal detector PI yang sebenarnya dibuat atas permintaan pelanggan.

Terima kasih kerana memberi sokongan dan bantuan.