Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana membeli dan menempah produk di Produkreatif. Dengan hasil jual yang diperolehi, sebahagiannya digunakan untuk menampung kos R&D untuk produk sedia ada dan juga beberapa produk baru. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak.

Namun dalam ramai-ramai kenalan, ada yang yang bertanya saya apakah jenis metal detector yang saya gunakan. Walaupun terdapat dalam 3 jenis metal detector yang saya hasilkan, tetapi mereka ingin tahu jenis apa yang saya guna dan pilih. Jawapan saya adalah saya guna semuanya. Tapi bukan maksud guna serentak tapi guna ikut keadaan dan tempat. Kenapa begitu? Sebab saya menyukai kesemuanya dan tiada yang berbelah bagi, walaupun antara metal detector yang dihasilkan, yang jenis PI adalah yang paling top sekali.

Dalam beberapa minit metal detector BB salah seorang ahli kumpulan memberi respond menunjukkan ada logam dijumpai. Kemudian ramai yang kerumun dia. Maka penggalian dilakukan untuk melihat logam apa yang dikesan. Penggalian diteruskan walaupun hanya beberapa inci sahaja digali. Kemudian ahli tadi mengeluh kerana kepenatan menggali dan objek logam masih belum dijumpai. Kemudian saya menyampuk dalam ramai-ramai tu,'baru 2-3 inci gali dah mengeluh? belum 2 kaki lagi!. Semua ahli memandang saya dan mereka ketawa termasuklah ahli yang sedang menggali tadi. Setelah lama menggali dan mencari akhirnya logam dijumpai.

Namun begitu, tidak banyak masa terluang yang saya ada untuk melakukan aktiviti metal detector ini. Masa saya banyak dihabiskan di dalam lab melakukan R&D dan penghasilkan produk. Terima kasih kepada yang memberi sokongan. Tidak kurang juga kepada mereka yang tidak menyokong usaha saya selama ini. Terima kasih.