Translate Your Language

Selasa, 26 Jun 2012

Pengesan Logam Pulse Induction (PI)

Assalamualaikum. Salam hormat dan salam ceria.

Salam bertemu kembali. Kali ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai pengesan logam terbaru. Ianya adalah pengesan logam jenis Pulse Induction atau PI. Apakah ciri-ciri dan kelebihan pengesan logam ini berbanding pengesan logam yang lain-lain? Sebentar lagi saya akan terangkan.

Berbanding pengesan yang terdahulu, alat pengesan ini bagi saya sangat rumit untuk dihasilkan. Ini mengambil beberapa faktor seperti komponen elektronik yang sukar diperolehi dan perlu dibuat tempahan luar, setting yang sangat rumit apabila alat ini siap diuji, seni bina coil yang memerlukan kerja yang sangat teliti kerana ia menggunakan coil jenis Tesla.

Namun begitu, apabila ianya sempurna melalui kesemua proses-proses tadi, alat pengesan ini akan berfungsi dengan baik dan sangat memuaskan. Jika anda mengetahui serba sedikit mengenai pengesan logam jenis PI, ia berupaya mengesan semua jenis logam dengan baik serta jarak kedalam logam yang lebih dalam lagi. Semua ini bergantung kepada coil yang digunakan. Kualiti coil yang baik menjadikan pengesan bekerja dengan baik.

Buat masa ini satu unit telah terjual walaupun ianya masih baru dikeluarkan dan masih dalam proses pengujian tahap akhir. Dengan pelbagai kekangan seperti masa dan kewangan, proses pengujian tetap diteruskan walaupun agak perlahan perjalanannya. Dan baru-baru ini saya bersama beberapa rakan membantu saya untuk menguji alat pengesan logam PI ini dengan sempurna. Ini menjadi satu tugas yang perlu diselesaikan dengan cepat kerana ramai pelanggan lama dan baru memerlukan alat pengesan logam yang boleh mengesan pada kedalaman yang lebih dalam sehingga 1 dan 3 meter.

Seperti alat pengesan Two Box yang pernah saya hasilkan, ia memberikan kekecewaan kerana fungsi alat yang tidak stabil. Dengan alasan tersebut saya cuba menghasilkan alat pengesan standard tetapi mampu untuk mengesan kedalaman yang lebih lagi.

Untuk mengesan logam kecil pada jarak yang biasa-biasa saja adalah sangat mudah menggunakan alat pengesan PI ini. Ianya akan berbunyi apabila objek logam dikesan. Tambahan lagi terdapat meter analog untuk melihat pergerakan jarum meter apabila ianya sedang mengesan. Tidak perlu kepada headphone kerana terbina speaker di dalamnya. Akan datang headphone khas diberikan.



Dengan adanya meter, anda akan melihat meter lebih peka berbanding bunyi. Jarum meter akan bergerak terlebih dahulu sebelum pengeluarkan bunyi amaran. Tetapi ianya lebih-lebih lagi peka jika menggunakan meter digital. Beza kedua-dua meter analog dan digital adalah kos. Bagi permulaan model, meter analog digunakan kerana mudah didapati tetapi tidak mengikut spec yang sepatutnya. Oleh itu saya perlu ubah suai meter tersebut menjadi lebih sensitif atau peka. Jika tidak saya perlu menggunakan meter digital yang terhad dipasaran kerana memerlukan saiz meter yang sesuai untuk dipasang.



Satu lagi kekangan dan masalah lain adalah stok komponen yang terhad. Sesetengah komponen tiada di pasaran Malaysia dan perlu bagi saya membeli dari luar melalui agen. Pernah juga saya membuat beberapa ubahsuai bagi menjadikan semua komponen elektronik mudah diperolehi dengan membuat penggantian komponen asal. Keputusannya tidak semua boleh dibuat demikian dan terdapat kelemahannya juga. Oleh itu komponen asal dikekalkan.

Dari segi coil pula saya membinanya dengan beberapa versi saiz. Pertama saiz standard dan kedua saiz besar untuk pengesanan pada kedalaman yang lebih jauh. Itu sebenarnya yang pelanggan mahukan dan nanti-nanti. Tapi ini saja usaha saya yang mampu dilakukan untuk masa kini. Insyaallah pada msa akan datang dengan masa dan dana yang cukup banyak, saya akan lakukan R&D lain untuk alat yang lebih terbaru lagi.

Gambar dan video yang saya siarkan dalam post ini merupakan salah satu masa yang ada untuk menguji alat terbaru ini. Tapi maaf sebab kualiti gambar dan video yang tidak memuaskan. Dan maaf juga kerana tiada coil bersaiz besar dirakam kerana masih dalam pembikinan pada masa tersebut. Kini coil tersebut baru saja disiapkan dan menunggu masa untuk diuji secara rasmi pada keadaan sebenar. Diuji di dalam lab sudah lepas, dan kini menanti masa untuk diuji dikeadaan sebenar.

Pengujian pengesan PI , BB dan BFO serentak.

Ada LED menerangi meter untuk waktu gelap.


Hasil dalam masa 1/2 jam. Hampir 30 ketulan besi. Bayangkan kalau ini emas?!

Lebih ringan dan boleh dibuka dan pasang.


Untuk pembelian bagi pengesan baru ini memerlukan tempahan awal. Buat masa ini saya tidak dapat menyimpan stok kerana permintaan alat baru ini sentiasa ada. Tambahan pula seunit alat ini memerlukan masa 5 hari untuk disiapkan berbanding pengesan logam sebelum ini yang hanya memerlukan 12 sehingga 24 jam sahaja. Namun pada saya ada seunit untuk kegunaan saya dan sebagai bahan demo.

Ada yang bertanya bagaimana untuk mengesan logam yang lebih dalam. Maaf gambar asal daripada tidak dapat dirakam lagi tetapi sebagai rujukan anda boleh lihat contoh gambar yang mat saleh tu buat. Keadaannya sama sahaja. Anda tidak perlu risau kerana alat ini boleh dibuka dan pasang dengan mudah. Cuma untuk menggunakan coil yang besar tidak memerlukan stem atau batang. Sama ada digantung pada diri sendiri atau dipegang berdua dengan rakan pembantu. Semuanya akan ditunjukkan di dalam manual.

40 inci coil untuk pengesanan yang lebih dalam sehingga 3 meter lebih. Ini contoh dari Mat Saleh yang bernama Dan yang menggunakan pengesan PI juga tapi versi dia sendiri.


Harga pula bagaimana? Harga agak mahal sikit berbanding model terdahulu. Tetapi masih lagi murah jika dibuat perbandingan dengan yang lain yang setaraf dengannya. Jaminan setahun sahaja.Sila emel atau sms saya untuk membuat tempahan awal dan mengetahui harga terkini sementara harga asalnya yang lebih mahal diumumkan nanti.