Translate Your Language

Selasa, 30 Oktober 2012

Video pelarasan setting PI

Untuk pengguna metal detector PI, di sini saya ada muat naik video cara guna dan cara set tombol. Pada video tersebut saya menggunakan alat pengesan logam versi meter digital. Bagi pengguna meter analog, cara set masih tetap sama. Cuma perbezaan kepada meter sahaja. Untuk alat yang menggunakan meter analog, setkan pada melihat pergerakan jarum meter sahaja berbanding meter digital yang perlu set dengan teliti serta cermat bagi mendapatkan nilai yang dikehendaki.

Pelarasan PI from Mohd Azrai Bin Mohd Aris on Vimeo.

Video seterusnya adalah cara guna ketika berada di luar kawasan. Set alat di dalam rumah dengan di luar rumah adalah berbeza. Ini kerana di dalam rumah terdapat banyak unsur logam yang boleh menyukarkan kerja pelarasan alat.

PI metal detector1 from Mohd Azrai Bin Mohd Aris on Vimeo.

Unit alat yang digunakan adalah jenis standard. Untuk unit yang menggunakan coil yang lebih besar atau sebaliknya, cara set masih tetap sama. Begitu juga kepada unit versi terbaru jenis Treasure Seeker yang mempunyai suis pilihan frekuensi, cara set masih tetap sama. Cuma bentuk berlainan dan terdapat hanya satu suis sahaja untuk menghidupkan unit.

Di dalam video ditunjukkan terdapat 2 suis. Kedua-dua suis perlu dihidupkan. Satu suis untuk menghidupkan alat pengesan dan satu lagi suis untuk menghidupkan meter digital. Seperti sedia maklum, meter digital menggunakan bateri yang berasingan bagi mengelakkan unit yang tidak peka.

Unit alat ini tidak mempunyai soket penyambungan headphone. Ini kerana jenis headphone yang perlu digunakan adalah berlainan yang biasa kia gunakan untuk mendengar muzik radio. Jenis headphone yang sesuai digunakan adalah jenis berfekuensi tinggi yang mana ianya khas digunakan untuk metal detector PI. Insyaallah saya akan usahakan untuk menghasilkan headphone seperti itu nanti.

p/s: Jika video lambat atau tersekat-sekat ketika menonton, tekan butang pause sehingga line kelabu penuh. Kemudian play semula.