
Begitu juga pada produk seperti Zapper. Ia memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan dan juga Jabatan tertentu yang berkenaan dengan penggunaan frekuensi. Alat seperti ini tidak boleh dijadikan sebagai hobi seperti metal detector. Ini kerana ia melibatkan kesan terhadap tubuh badan manusia. Jika tersilap langkah boleh pula menyebabkan kesan yang buruk atau maut. Melainkan jika ada yang berminat untuk memilikinya sebagai koleksi, itu tidak mengapa dan saya akan jualkannya. Oleh itu pembeli perlu mengetahui risiko jika berlaku perkara yang tidak diingini nanti. Memang alat Zapper ini sangat baik untuk pesakit seperti selsema, demam dan sebagainya.
Alat lain lagi adalah Starter Lock. Satu alat yang sangat kontroversi. Alat yang berguna dipasang pada kenderaan seperti kereta. Ia berfungsi menghidupkan enjin kereta dengan sentuhan jari sahaja. Pembeli yang membeli alat ini perlu memasang alat ini sendiri atau mengupah orang yg mahir untuk memasangnya. Masalahnya di situ. Jadi saya tidak menjual alat ini sebagai menghormati hak penjualan oleh pihak lain. Namun alat saya ini mempunyai versi yg berbeza dari produk seumpamanya di pasaran.
Itu sahaja produk yang ada buat masa kini. Apa pun keputusan saya lebih mematuhi undang-undang dan hak pihak tertentu. Hanya dengan selepas ini produk baru lagi akan muncul. Besar kemungkinan adalah battery bank charger dan unit bekalan kuasa atau power supply. Kemungkinan juga produk lain yang lebih menarik juga akan dihasilkan seperti entiti sensor, penghalau binatang buas dan alatan pengintip.