Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Video Pendek ProPointUW

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Untuk kali ini saya tunjukkan satu video pendek dari akaun Instagram berkenaan dengan ProPointUW metal detector. Saya hanya boleh tunjuk video pendek sahaja dahulu. Untuk video berdurasi panjang sikit masih dalam pembikinan. Semasa proses pembikinan video tersebut, harga terkini bagi ProPointUW adalah pada harga promosi. Kurang sikit dari asal RM129 . Selepas siap sahaja video kedua ini nanti, harga menjadi harga yang asal. Saksikanlah video ini sementara menunggu harga asal kembali lagi. PPUW metal detector. Masa mandi sungai atau laut rugi tak bawa benda ni. Sambil berendam boleh juga mencari barang2 logam berharga... A post shared by MyDeko796 (@mydeko796) on Sep 24, 2017 at 7:53pm PDT Untuk tempahan sila isi borang di bawah sekali blog ini. Buat tempahan dahulu dan anda akan dihubungi bagi mengetahui harga promosi (sekiranya masih dalam promosi).

Kipas Angin Mini 100% Tenaga Solar

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Bismillah. Pertama sekali saya berhasrat untuk mengupas perihal tenaga solar yang semakin hari orang menggunakannya sebagai tenaga alternatif. Tenaga solar merupakan tenaga elektrik yang dihasilkan melalui sinaran cahaya matahari yang jatuh ke permukaan solar panel. Seimbas lalu saya cuba menerangkan serba ringkas mengenai solar panel. Kebanyakan rakan-rakan ada yang masih kurang faham apakah fungsi solar panel. Ada yang menganggap solar panel berfungsi menyimpan tenaga elektrik. Ada juga yang faham solar panel menghasilkan tenaga elektrik dan menyimpannya sekali. Dan ada juga yang faham solar panel boleh guna 24 jam siang dan malam. Secara asasnya solar panel merupakan satu peranti yang boleh menjana tenaga elektrik. Penghasilan tenaga elektrik ini melalui proses penukaran dari cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Hanya cahaya matahari merupakan sumber yang sangat sesuai berbanding cahaya lampu. Solar panel tidak memerangkap haba, ianya hanya men...

Pin Pointer Boleh Selam

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua kembali. Lama sudah saya tidak update info dalam blog ini. Tiada masa sebelum ini banyak uruskan hal-hal projek dan kehidupan. Pada kali ini saya ingin mengulas tentang alat terbaru iaitu Pin Pointer yang boleh selam. Produk seumpamanya sebelum ini memang tak boleh selam. Paling kuat pun hanya boleh kena hujan sedikit. Untuk kali ini saya cuba upgrade sedikit kelebihannya boleh dibawa menyelam. Komponen lama masih dikekalkan penggunaannya. Hanya beberapa penambahan dan pengubahsuaian dibuat. Namun begitu ada syarat-syarat dan pantang larang ketika menggunakan alat ini. Pada komponen suis masih dikekalkan design dan jenis suis yang lama. Cuma ada penambahbaikan pada susi tersebut untuk elak air masuk. Tapi, luarannya masih tetap terdedah pada air. Jadi dikuatiri akan terjadinya proses pengoksidaan atau karat. Tips penting adalah, selepas guna sila basuh dengan air bersih dan jemur. Begitu juga sama kaedahnya dengan air laut. Wajib dibilas d...

Info terbaru selepas Raya

Assalamualaikum, Salam ceria. Bersua kembali. Semoga rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat wal'afiat. Cuma keadaan saya pada masa kini agak sibuk dan masa dipenuhi dengan banyak hal-hal yang perlu diselesaikan dengan segera. Selepas cuti raya baru-baru ini saya menghadapi keadaan yang agak sibuk. Pelbagai benda yang perlu untuk saya selesaikan termasuk urusan kerja saya ke Korea mungkin terpaksa saya batalkan atas sebab-sebab tugasan di Malaysia ini yang masih belum selesai. Pada kali ini saya ingin berkongsi info mengenai produk yang akan muncul atau mungkin juga produk lama yang akan upgrade. Semuanya bergantung kepada keadaan. Semuanya juga bergantung kepada perbincangan bersama ahli-ahli yang terbabit di dalam grup ini. Pada saya, produk baru mungkin akan keluar. Yang mana produk lama akan dihentikan pengeluaran berdasarkan kepada pemerhatian saya dalam beberapa tahun operasi pembuatannya. Setelah mendapat idea dan penghasilan produk baru, saya berani untuk me...

Alat Pengesan Logam Pin Pointer

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria semua. Baru saya perasan di dalam blog ini kerana artikel untuk Pin Pointer hanya ada satu post sahaja. Itu pun model yang lama. Cerita lama. Kemudian saya baru perasan sebab sebelum ini saya banyak update info di dalam facebook sahaja. Kini saya sudah tidak update lagi di dalam facebook. Hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Kali ini saya cuba memberi penjelasan mengenai alat pengesan logam yang bersaiz kecil iaitu Pin Pointer. Nama pin pointer bukanlah nama model. Ianya merupakan sejenis alat pengesan logam yang paling popular digunakan oleh ahli-ahli pencari metal detector. Penggunaannya adalah saangat efektif. Ianya digandingkan bersama alatan yang lain. Jarang ianya digunakan bersendirian. Bermula dari tahun 2010 alat ini sudah mula dijual kepada umum. Pada tahun 2012 alat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Walaupun ianya tidak diiklankan secara meluas. Bermula dari awal lagi bentuk pin pointer ini adalah sangat tidak efektif. Hanya menggunak...

Gold treasure scanner dengan fungsi baru

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Antara produk terbaru pada masa kini adalah produk gold scanner. Ia adalah produk gabungan yang telah dimodifikasi kepada penambahan fungsi baru. Yang dikatakan fungsi baru kerana belum ada lagi fungsi sebegini pada kekuaran alat seperti ini.   Saya mengambil masa yang lama untuk membuat penambahbaikan ini mengenangkan kesukaran saya menghasilkan alat deep seeker untuk ATM yang menemui kegagalan kerana alat kurang berkesan walaupun ianya berfungsi.   Pada tahun sebelum ini saya pernah menghasilkan alat deep seeker ini. Blue print boleh dapat di internet dan atas pemberian kawan kawan juga. Walaupun begitu saya tidak membuatnya bulat bulat mengikut blue print tersebut kerana saya pasti membuat modifikasi juga mengikut kesesuaian pengguna di sini. Apa pun deep seeker yang saya hasilkan tidak memberi kesan yang memuaskan. Saya mengalami kerugian di situ. Walaupun ianya telah dihasilkan dan dijadikan produk, hasilnya banyak merugikan. Alat ...

Under water MD

Imej
Bismillah...   Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua lagi. Pada kali ini saya terpanggil untuk menyentuh sedikit mengenai tajuk utama iaitu under water md. Ia bermaksud alat pengesan logam yang boleh dibawa selam ke dalam air. Saya terpanggil untuk sentuh tajuk ini adalah kerana alat seperti ini sudah ramai yang bertanya dan mahu memilikinya. Namun pun begitu, alat seumpama ini sudah ada dipasaran dan boleh diperolehi dengan membelinya sama ada melalui online atau melalui agen yang dilantik.   Tapi bukan itu soalnya. Kebanyakan pelanggan mahukan harga yang mampu untuk mereka beli. Pada masa yang sama juga mereka memerlukan servis yang boleh membimbing atau mengajar mereka menggunakan alat tersebut tanpa masalah.   Saya sebelum ini pernah menghasilkan alat pengesan yang boleh dibawa selam ke dalam air. Namun ianya sekadar percubaan saja. Belum pernah terjual lagi. Atas permintaan ramai, saya diminta untuk menghasilkan md yang boleh dibawa masuk ke dala...

Sistem tenaga solar

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua lagi.   Memang telah sedia maklum bahawa maklumat di dalam blog ini terlalu sedikit dan kurangnya maklumat baru. Banyak faktor yang menyebabkan blog ini tidak dipenuhi dengan info terkini. Tidak perlulah untuk saya nyatakan sebabnya kerana tidak penting untuk tuan tuan tahu. Yang penting adalah tuan tuan memperolehi maklumat terkini.   Apa yang hendak saya bincangkan pada kali ini adalah mengenai tenaga solar. Saya akan huraikan mengikut kefahaman dan pengalaman saya selama saya berkecimpung dalam bidang tenaga solar ini. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini secara formalnya, namun saya ada pengalaman untuk mengendalikannya melalui pengalaman dalam ujikaji dan penghasilan produk. Kali ini berilah peluang pada saya untuk tumpukan kepada tenaga solar pula. Untuk info metal detector pula nanti akan saya sentuh pada post akan datang. Bukan semua orang memahami mengenai sistem tenaga solar. Secara asasnya tenaga e...

Tahun 2017

Bismillah... Assalamualaikum. Salam bertemu kembali. Masuklah sudah tahun 2017 dengan pelbagai perancangan telah dirancang sejak penghujung 2016 lagi. Pada tahun 2017 ini banyak perubahan berlaku. Antaranya seperti perancangan untuk menaik taraf produk sedia ada, menukar cara pengurusan supaya lebih cekap, merombak semula harga-harga produk dan menghasilkan produk terbaru. Semua ini telah disusun rapi perancangannya supaya pada tahun 2017 ini ianya dilaksanakan dengan jayanya. Insyaallah. Pada tahun tahun sebelum ini seperti yang ramai sudah ketahui bahawa produk seperti alat pengesan logam merupakan produk paling laris berbanding produk-produk yang lain. Namun begitu saya akan cuba untuk menyakinkan lagi produk-produk lain juga berpotensi untuk diketengahkan. Adakalanya produk-produk baru ini kurang mendapat sambutan atas beberapa factor dan yang paling utama adalah factor marketing dan pengiklanan. Insyaallah, usaha tahun ini akan membuahkan hasil. Manakala produk kreatif a...