Lama sudah saya tidak update info dalam blog ini. Tiada masa sebelum ini banyak uruskan hal-hal projek dan kehidupan. Pada kali ini saya ingin mengulas tentang alat terbaru iaitu Pin Pointer yang boleh selam.
Produk seumpamanya sebelum ini memang tak boleh selam. Paling kuat pun hanya boleh kena hujan sedikit. Untuk kali ini saya cuba upgrade sedikit kelebihannya boleh dibawa menyelam. Komponen lama masih dikekalkan penggunaannya. Hanya beberapa penambahan dan pengubahsuaian dibuat.
Namun begitu ada syarat-syarat dan pantang larang ketika menggunakan alat ini. Pada komponen suis masih dikekalkan design dan jenis suis yang lama. Cuma ada penambahbaikan pada susi tersebut untuk elak air masuk. Tapi, luarannya masih tetap terdedah pada air. Jadi dikuatiri akan terjadinya proses pengoksidaan atau karat. Tips penting adalah, selepas guna sila basuh dengan air bersih dan jemur. Begitu juga sama kaedahnya dengan air laut. Wajib dibilas dengan air tawar, dilap dan dijemur sehingga kering.
Biasalah alat murah-murah ini jika ingin tahan lama perlu ikut kaedah seperti ini. Insyaallah boleh bertahan lama dan masih boleh digunakan lagi.
Saya telah uji litar pin pointer ini dengan mengenakan air pada litar tersebut. Keputusannya litar masih berfungsi dengan baik. Oleh itu sekiranya berlaku kebocoran kecil sebenarnya masih boleh digunakan. Hanya buka penutup dan buangkan air yang masuk itu. Kaedah ini ditunjukkan sekiranya berlaku masalah kebocoran. Biasanya kebocoran berlaku sekiranya tekan di dalam air sangat tinggi. Bagi saya para pengguna majoriti akan guna pada level air yang tidak terlalu dalam.
Apa pun produk ini ada jaminan kerosakan.
Sekarang saya buka jualan dan booking untuk produk Pin Pointer Selam ini. Harga RM90 sahaja. Tapi untuk diskaun bolehlah mesej dengan kata kunci (PIN SELAM pada ruangan nama produk) pada borang di bawah sekali untuk tempoh terhad ini sahaja.