Translate Your Language

Selasa, 19 September 2017

Kipas Angin Mini 100% Tenaga Solar

Assalamualaikum. Salam ceria.

Bismillah.

Pertama sekali saya berhasrat untuk mengupas perihal tenaga solar yang semakin hari orang menggunakannya sebagai tenaga alternatif. Tenaga solar merupakan tenaga elektrik yang dihasilkan melalui sinaran cahaya matahari yang jatuh ke permukaan solar panel.

Seimbas lalu saya cuba menerangkan serba ringkas mengenai solar panel. Kebanyakan rakan-rakan ada yang masih kurang faham apakah fungsi solar panel. Ada yang menganggap solar panel berfungsi menyimpan tenaga elektrik. Ada juga yang faham solar panel menghasilkan tenaga elektrik dan menyimpannya sekali. Dan ada juga yang faham solar panel boleh guna 24 jam siang dan malam.

Secara asasnya solar panel merupakan satu peranti yang boleh menjana tenaga elektrik. Penghasilan tenaga elektrik ini melalui proses penukaran dari cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Hanya cahaya matahari merupakan sumber yang sangat sesuai berbanding cahaya lampu. Solar panel tidak memerangkap haba, ianya hanya menerima sumber cahaya sahaja. Tindak balas yang berlaku dalam solar panel akhirnya menghasilkan tenaga elektrik.

Bagaimanakah kekuatan tenaga elektrik yang terhasil daripada solar panel? Secara puratanya tenaga elektrik yang terhasil adalah lemah dan kurang merbahaya apabila disentuh tidak sama seperti elektrik di plug dinding rumah. Saiz dan lebar solar panel adalah faktor utama penghasilan tenaga elektrik sama ada besar atau kecil. Keluaran tenaga daripada solar panel adalah voltan arus terus (DC).

Biasa yang kita lihat solar panel berfungsi mengecas bateri. Kemudian bateri yang dicas digunakan untuk menghidupkan alatan elektrik.

Satu produk baru yang saya hasilkan setelah dibuat pengujian lebih dari sebulan adalah kipas angin mini berkuasa solar 100%. Kipas angin ini berfungsi dengan menggunakan tenaga solar 100% tanpa melalui bateri yang dicas. Kaedah ini sudah lama digunakan tetapi tidak ramai yang mempraktikkannya atas banyak faktor.

Setelah dibuat pengujian tanpa henti selama sebulan, akhirnya kipas solar ini melepasi kritiria yang dikehendaki. Semua berfungsi dengan baik untuk semua bentuk keadaan cuaca dan persekitaran. Ianya sudah melalui hari-hari yang ekstrem seperti hujan yang lama, ribut angin kencang, panas terik dan sebagainya. Kesimpulannya alat adalah tahan lasak.

Apakah kegunaannya. Apakah ianya membuatkan kipas solar ini begitu penting? Produk ini terhasil dari ilham dan masalah yang dihadapi terutama kepada peniaga payung dan jalanan. Ketika panas terik menyebabkan peniaga berasa panas dan kurang selesa. Ada yang menggunakan kipas angin elektrik dan bateri. Sekiranya mereka tiada sumber tenaga tersebut pastinya sumber bateri adalah terhad.

Dengan adanya sistem tenaga solar ini, masalah kekurangan cas  bateri dapat diatasi. Serta mengelak dari menggunakan tenaga elektrik konvesional. Satu masalah dapat diatasi.

Jika ada yang berminat untuk mengetahui info lanjut sila hubungi saya melalui ruangan hubungi di dalam blog ini.