Translate Your Language

Khamis, 16 Februari 2017

Under water MD

Bismillah...
 
Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua lagi.
Pada kali ini saya terpanggil untuk menyentuh sedikit mengenai tajuk utama iaitu under water md. Ia bermaksud alat pengesan logam yang boleh dibawa selam ke dalam air. Saya terpanggil untuk sentuh tajuk ini adalah kerana alat seperti ini sudah ramai yang bertanya dan mahu memilikinya.
Namun pun begitu, alat seumpama ini sudah ada dipasaran dan boleh diperolehi dengan membelinya sama ada melalui online atau melalui agen yang dilantik.
 
Tapi bukan itu soalnya. Kebanyakan pelanggan mahukan harga yang mampu untuk mereka beli. Pada masa yang sama juga mereka memerlukan servis yang boleh membimbing atau mengajar mereka menggunakan alat tersebut tanpa masalah.
 
Saya sebelum ini pernah menghasilkan alat pengesan yang boleh dibawa selam ke dalam air. Namun ianya sekadar percubaan saja. Belum pernah terjual lagi.
Atas permintaan ramai, saya diminta untuk menghasilkan md yang boleh dibawa masuk ke dalam air. Bermakna md tersebut boleh dibawa selam ke dalam air sungai dan air laut. Itu satu cabaran bagi saya.
 
Jadi, kenapa mereka minta alat md seperti itu? Ada cerita disebaliknya membuatkan mereka perlukan sangat alat md underwater ini.
Hampir kebanyakan detectorist mencari di kawasan sungai dan pantai hanya pada kawasan yang kering atau di tepi tepi kawasan berair saja. Bagaimana pula dengan kawasan di dalam air? Pasti ianya terbiar dan masih belum ada yang membuat pencarian di kawasan tersebut kan?
Dipendekkan cerita, ada yang pernah dapat hasil yang banyak dan bernilai tinggi di dalam air dengan hanya menggunakan mata dan alatan penapis saja. Saya pernah melihatnya sendiri hasil yang mereka dapat. Oleh yang demikian mereka terfikir pula bagaimana pula hasilnya jika usaha pencarian akan datang menggunakan md underwater pula? Adakah hasil bertambah banyak atau gitu gitu saja?
Pastinya anda boleh fikirkan. Oleh sebab hal demikian, saya telah membuat md yang baru dan sedikit pengubahsuaian menjadi md yang benar-benar underwater. Ianya telah diuji dan berfungsi dengan baik di dalam sungai mahu pun laut.
 
Setakat ini, sudah 3 unit terjual sebelum diiklankan. Ternyata 3 unit tersebut belum menimbulkan sebarang masalah lagi dan diharapkan tiada berlaku masalah dan kebocoran. Hasil yang mereka perolehi juga memang banyak.
 
Dengan hasil yang saya lihat itu, saya sendiri juga mula menjejak dalam aktiviti md dalam air pula. Saya sendiri mencubanya dan merasai hasil yang berbeza dari sebelum ini mencari di kawasan daratan.
 
Produk baru ini saya tidak simpan stok. Hanya buat atas peemintaan dan tempahan saja. Alat siap pasang selama 5 hari. Agak lama sedikit berbanding md biasa hanya 2 hari saja. Ini disebabkan proses pembuatan melalui banyak peringkat agar alat berada pada tahap yang memuaskan.
Tempahan baru sudah dibuka. Berminat untuk buat tempahan dan pertanyaan sila wassap ke 0182879307 sekarang.