Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua lagi.

Apa yang hendak saya bincangkan pada kali ini adalah mengenai tenaga solar. Saya akan huraikan mengikut kefahaman dan pengalaman saya selama saya berkecimpung dalam bidang tenaga solar ini. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini secara formalnya, namun saya ada pengalaman untuk mengendalikannya melalui pengalaman dalam ujikaji dan penghasilan produk.
Kali ini berilah peluang pada saya untuk tumpukan kepada tenaga solar pula. Untuk info metal detector pula nanti akan saya sentuh pada post akan datang.
Bukan semua orang memahami mengenai sistem tenaga solar. Secara asasnya tenaga elektrik dihasilkan daripada tindak balas cahaya matahari kepada panel solar. Ada cahaya adalah elektrik. Tiada cahaya tiadalah elektrik terhasil.
Namun begitu, elektrik terhasil tidaklah terlalu besar atau pun boleh dikatakan kecil serta kurang merbahaya berbanding sumber elektrik ac atau elektrik rumah. Ianya mungkin sama seperti cas elektrik pada bateri. Atau mungkin kurang dari cas elektrik pada bateri. Cas elektrik pada panel solar yang terhasil tidak sama nilainya bagi setiap saiz panel. Contohnya ada panel yang bersaiz kecil menghasilkan voltan dari 1 volt sehingga 12 volt. Manakala setiap saiz panel itu juga mempunyai nilai arus atau kuasa yang berbeza. Arus atau Ampere dan Kuasa atau Watt berperanan penting kepada penggunaan panel solar. Jika arus atau kuasa terlalu kecil, ia akan melambatkan proses mengecas bateri atau alatan tidak mampu untuk dihidupkan secara terus.
Apa yang dimaksudkan secara terus? Maksudnya alatan elektrik tidak mampu untuk dihidupkan secara terus dari sumber elektrik pada panel solar. Ia berpunca daripada panel solar yang tidak sesuai digunakan.

Panel solar menghasilkan voltan dc.
Pada post akan datang saya akan sentuh mengenai penggunaan bateri dalam sistem tenaga solar.