Translate Your Language

Khamis, 1 Jun 2017

Alat Pengesan Logam Pin Pointer

Assalamualaikum. Salam ceria semua.

Baru saya perasan di dalam blog ini kerana artikel untuk Pin Pointer hanya ada satu post sahaja. Itu pun model yang lama. Cerita lama. Kemudian saya baru perasan sebab sebelum ini saya banyak update info di dalam facebook sahaja. Kini saya sudah tidak update lagi di dalam facebook. Hanya pada masa-masa tertentu sahaja.

Kali ini saya cuba memberi penjelasan mengenai alat pengesan logam yang bersaiz kecil iaitu Pin Pointer. Nama pin pointer bukanlah nama model. Ianya merupakan sejenis alat pengesan logam yang paling popular digunakan oleh ahli-ahli pencari metal detector. Penggunaannya adalah saangat efektif. Ianya digandingkan bersama alatan yang lain. Jarang ianya digunakan bersendirian.

Bermula dari tahun 2010 alat ini sudah mula dijual kepada umum. Pada tahun 2012 alat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Walaupun ianya tidak diiklankan secara meluas.

Bermula dari awal lagi bentuk pin pointer ini adalah sangat tidak efektif. Hanya menggunakan batang selinder dan kotak hitam yang tersimpan litar elektronik. Bermula dari itulah banyak masalah timbul. Paling ketara adalah kurang efektif ketika memegangnya.

Kemudiannya saya terfikir cara terbaik dengan memuatkannya di dalam selinder paip plastic dengan membuat perubahan pada litar elektronik supaya lebih muat apabila dimasukkan di dalamnya. Komponen utama yang boleh dilihat pada ketika itu adalah buzzer, suis on off, VR adjust dan LED. Manakala keduduakan bateri berada di dalam selinder paip. Ianya sangat efektif jika digunakan. Namun begitu kedudukan buzzer berada di belakang penutup selinder dan menyukarkan pengguna ketika membuat penukaran bateri. Adakalanya wayar buzzer terputus kerana sentapan kuat ketika membuka penutup selinder. Masalah wayar putus ketika itu paling banyak berlaku.

Model versi seterusnya saya membuat perubahan pada kedudukan buzzer berada di dalam over selinder. Ianya lebih selamat dan efektif sekali ketika membuka penutup selinder dengan pelbagai cara sekali pun. Pada ketika itu pula ia masih menggunakan suis toggle yang agak mengganggu kerana bentuk suis yang panjang dan menyebabkan  ianya ter ON dengan tidak sengaja apabila disimpan di dalam beg atau poket.

Terkini, saya membuat perubahan lagi. Saya membuat penukaran jenis suis toggle lain yang lebih kecil. Walaupun untuk pemasangan suis ini agak sukar sikit berbanding dengan suis sebelumnya. Kemudian pada VR pula saya kenakan dengan sarung tombol yang mana sebelum ini semua VR tidak dipasang dengan sarung tombol atau knob.

Kendalian pin pointer adalah mudah. Hanya dengan on suis dan buat pelarasan pada VR. Pada keadaan standby LED hijau akan menyala. Apabila objek logam dikesan LED merah akan menyala. Saya menggunakan LED dwi-color merah dan hijau.  Ketika LED merah menyala, buzzer akan berbunyi sekali.

Akhir sekali dan terkini. Pin pointer baru disertakan dengan fungsi getaran atau vibrate. Ini adalah fungsi baru dan lebih menarik sekali terdapat fungsi getaran. Semua model diberikan fungsi getaran kecuali model percuma yang disertakan dengan pembelian alat pengesan PI, melainkan ada permintaan dari pelanggan untuk membuat penambahan fungsi getaran.

Alat ini separa kalis air. Setakat air hujan boleh digunakan lagi. Tetapi untuk direndam di dalam air masih belum boleh digunakan lagi. Ianya masih tetap bocor. Insyaallah pada model versi akan dating saya akan cuba hasilkan versi yang boleh dibawa selam. Untuk membuatnya memerlukan masa dan kos tambahan bagi memastikan ianya benar-benar menjadi.

Bermula dari saiz yang agak besar sehingga kini saiznya sudah menjadi kecil dan boleh dimasukkan di dalam beg kecil atau di dalam poket.