Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Peluang untuk menangi Alat Pengesan Logam

Imej
Assalamualikum. Salam ceria. Perkara penting yang ingin saya sampaikan adalah pada 31 haribulan 12 ini sehingga 2 haribulan Januari 2011 nanti akan diadakan Karnival Santai Sempena Tahun Baru 2011 di Pantai Seri Cahaya, Batu 4, Port Dickson. Terdapat pelbagai aktiviti menarik pada hari tersebut seperti booth jualan, pertunjukan pentas, pertandingan istana pasir dan bermacam lagi. Untuk pertandingan istana pasir, terbuka kepada semua yang berminat. Manakala hadiah yang ditawarkan merupakan Alat Pengesan Logam dan Dark Sensor mengikut turutan pemenang serta hamper untuk setiap pemenang utama sehingga pemenang saguhati. Inilah masanya untuk anda rebut peluang ini menunjukkan bakat membina istana daripada pasir dan berpeluang memenangi hadiah lumayan Alat Pengesan Logam serta hadiah-hadiah lain. Untuk penyertaan pertandingan atau berminat untuk membuka booth jualan boleh hubungi saya atau sila lihat iklan yang tertera. Untuk tempahan dan pembelian Pengesan Logam boleh dibuat di sana...

Terhad sehingga hujung bulan

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua para pelanggan yang telah membeli produk-produk terutama produk Alat Pengesan Logam atau Metal Detector PL1000. Direkodkan produk ini telah mencapai tahap jualan tertinggi setakat ini berbanding produk lain. Dijangka pula beberapa produk lain akan keluar bermula awal tahun 2011 nanti. Namun berita yang tidak memberangsangkan apabila produk Alat Pengesan Logam ini yang berharga RM350 seunit ini akan ditamatkan jualannya sehingga 31 haribulan 12 tahun 2010 ini. Selepas ini alat pengesan logam ini tidak akan dikeluarkan lagi dan tiada penjualan. Produk ini adalah terhad dan ianya dijual untuk promosi sahaja sebagai produk pengenalan. Apa pun produk alat pengesan logam BFO ini akan ditukarkan kepada Alat Pengesan Logam IB. Fungsi masih sama namun harganya dalam lingkungan RM550 sehingga RM750 seunit dan akan ditentukan harga sebenarnya kelak. Untuk alat pengesan logam yang baru ini nanti ...

Permintaan produk baru

Imej
Bismillahirahmanirrahim. Beberapa pelanggan yang saya jumpa meminta untuk menghasilkan beberapa produk baru lain. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana memberi buah fikiran kepada saya. Namun begitu, produk seperti metal detector diharapkan supaya perlu diperbanyakkan versi kegunaannya. Ini seperti yang terkandung di dalam senarai produk yang akan dikeluarkan nanti. Hanya menunggu saat yang sesuai. Sekali lagi saya akan menyambung kembali R&D mengenai metal detector deep seeker dan mini detector yang senang untuk masuk ke dalam poket seperti dalam permintaan. Seperti yang pernah saya hasilkan dahulu ianya mempunyai kebaikan dan kekurangan yang tersendiri. Pada metal detector deep seeker hanya mengesan logam besar sahaja dan mini detector boleh mengesan logam paling kecil tetapi pada jarak yang sangat dekat. Ini terjadi mengikut konsep teori elektrik yang terjadi dan ianya memerlukan kajian lanjut untuk mengetahui dan memahami konsep lain yang seakan-akan menyerupai kon...

Pameran gerai di IYC

Imej
Bismillahirahmanirrahim. Pihak IYC (pusat belia antarabangsa) Cheras, KL telah menjemput Idea Ekstream Network untuk membuka booth pameran sempena Kejohanan Cabaran Kecergasan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Senator Tuan Gan Ping Sieu. Jemputan ini diberikan kerana saya sedang dan telah bekerjasama dengan pihak IYC untuk mengadakan pelbagai program dan kursus berkaitan inovasi yang akan bermula awal tahun hadapan, Insyaallah. Perbincangan dan perjanjian telah berlangsung lama dan disebabkan itu IYC menjemput saya untuk membuka booth pameran di sana. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas tawaran tersebut kerana pameran yang hampir satu hari itu telah turut serta bersama dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti Kementerian Belia dan Sukan, Rakan Muda, AADK dan beberapa syarikat swasta seperti Nestle, F&N dan banyak lagi. Kehadiran saya diberi penghargaan oleh IYC yang diserahkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan sendiri. Booth yang dibu...

Pengera Pintu mudah alih

Imej
Prototaip alat penggera pintu sudah siap sepenuhnya dibuat dan dibuat ubah suai. Ianya diuji dengan beberapa tombol pintu yang mempunyai pelbagai bentuk dan juga binaannya yang mana struktur kerangka pintu ada yang diperbuat daripada kayu atau besi. Setelah dibuat penyelidikan ternyata pintu yang diperbuat daripada besi sepenuhnya tidak memberi apa-apa fungsi kepada alat ini. Ini bermakna pintu besi tidak berfungsi dengan alat ini. Ianya sesuai untuk pintu kayu atau plastik. Manakala rangka tepi pintu yang terdiri daripada besi juga tidak sesuai. Tapi ada satu caranya dengan membuat sedikit tampalan pada sudut tertentu. Ianya akan dinyatakan dpada manual yang disertakan. Bentuk sebenar produk belum disiarkan lagi. Seperti gambar yang ditunjukkan adalah prototaip sahaja. Alat ini hanya perlu digantungkan kepada tombol pintu dan setkan kepekaan. Jika ada sesorang memegang tombol pintu dari luar, LED akan menyala dan alarm akan berbunyi seketika. Ia menggunakan kuasa bateri 9 volt iaitu...

Produk rekaan khas

Imej
Jika kita pernah tonton rancangan tv seperti American Choppers atau seumpamanya ia membuat produk berdasarkan kepada permintaan pelanggan. Asasnya adalah satu produk tetapi apabila diolah dan diubahsuai ia menjadi satu persembahan produk yang menarik. Lain dari yang lain. Dan menggambarkan identiti pelanggannya. Namun di produk kreatif masih belum sampai ke tahap seperti itu lagi. Insyaallah jika ada rezeki, ianya boleh dibuat dengan lebih baik dan mengikut cara kita tersendiri. Produk paling mendapat sambutan adalah treasure detector atau metal detector berbanding produk lain. Namun begitu ranking produk ini mungkin akan akan berubah setelah beberapa produk baru akan keluar nanti. Tetapi boleh jadi juga produk ini akan bertahan di tangga teratas jika permintaan masih lagi tinggi. Untuk itu, saya telah membuat alat tersebut lain dari yang lain. Lain dari alat-alat biasa. Tujuannya sama seperti rancangan American Choppers. Membuat dan mereka produk berdasarkan permintaan pelanggan...

Dark Sensor untuk keselamatan rumah

Semasa cuti hari raya Aidil Fitri nanti, kita akan bercuti pulang ke kampung halaman atau ke rumah saudara mara. Oleh itu rumah kediaman akan kita ditinggalkan dalam beberapa hari atau tempoh masa yang lama. Oleh itu keselamatan rumah menjadi isu yang paling penting sementara kita menyambut kemeriahan hari raya. Pelbagai cara dilakukan termasuklah dengan kawalan keselamatan oleh pihak berkuasa yang akan meronda di kawasan kediaman kita sepanjang kita cuti beraya. Selain itu juga pemasangan kunci tambahan juga adalah penting bagi memastikan rumah dalam keadaan selamat dari dicerobohi orang yang tidak bertanggungjawab. Ada juga yang memasang lampu luar rumah 24 jam sepanjang mereka pulang ke kampung bercuti. Memang cara tersebut bagus kerana ia menerangi kawasan rumah terutama luar rumah pada setiap malam hari. Tetapi paling tidak praktikal adalah lampu tersebut menerangi 24 jam walaupun pada waktu siang hari. Ini menyebabkan pembaziran elektrik. Oleh itu cara paling mudah adalah m...

Upgrade produk

Salam Ramadhan. Bermula bulan puasa ini, produk seperti treasure detector akan dibuat upgrading. Beberapa bahagian akan dibuat penambahbaikan. Selain itu terdapat beberapa perubahan lain seperti harga jualan untuk bulan Ramadhan seperti tawaran harga menarik untuk produk terpilih. Selain itu akan muncul produk terbaru seperti Pin Point Detector dan Door Knob Screamer. Setiap produk akan dinyatakan dengan kod tertentu yang akan diberikan kelak. Produk-produk lain akan disusuli kemudian. Selamat menjalani ibadah puasa.

Pembaharuan untuk semua

Assalamualaikum. Salam hormat dan salam satu Malaysia. Sudah lama sekali saya tidak update blog ini atas sebab tugasan yang berterusan dan juga masih belum ada lagi topik yang menarik untuk diperkatakan. Kali ini saya ingin memberitahu mengenai pembaharuan yang telah saya lakukan dalam perancangan dan juga sistem pembuatan. Tidak lama lagi akan adanya sistem pengeluaran dan pembuatan yang lebih teratur serta berkualiti. Anda boleh pergi terus ke laman web http://www.myrekacipta.com/ untuk melihat produk yang dijual dan juga untuk melihat beberapa produk terbaru yang akan keluar tidak lama lagi. Pada blog ini saya gunakan sebagai tempat saya memberi info tambahan mengenai produk yang akan dihasilkan beserta dengan info terkini yang berkaitan. Seperti yang kita sedia maklum, produk yang kini mendapat sambutan adalah alat Pengesan Logam. Yang mana sehingga kini produk tersebut adalah paling banyak dibuat upgrading dan proses R&D masih berjalan sehingga sekarang. Bagi saya setia...

Video Aktiviti Pencarian

Assalamualikum. Salam hormat kepada para pelawat blog. Alhamdulillah saya ucapkan kerana beberapa klip video telah siap dan telah pun disiarkan. Kilp video ini dihasilkan untuk menunjukkan kepada para pelawat keadaan aktiviti yang boleh dijadikan sebagi hobi masa lapang yang sesuai untuk semua yang berminat. Ada beberapa video yang telah diambil dan di edit. Ada juga beberapa aktiviti yang tidak dapat dirakamkan kerana tiada perakam video dibawa ke lokasi.

Mendatangkan hasil

Imej
Assalamualaikum.... Baru-baru ini saya dihubungi oleh salah seorang pelanggan yag pernah membeli treasure detector  daripada saya dan menceritakan pengalaman beliau menggunakan alat tersebut. Cerita bermula dengan beliau menghadapi masalah kerana kurang mahir untuk menggunakan alat tersebut walaupun saya sendiri acap kali buat demo. Nasihat saya adalah sentiasa selalu membiasakan dengan alat tersebut agar tidak kekok dan mahir sedikit. Nasihat saya beliau ikuti dan beliau memberitahu dia sudah pun biasa menggunakan alat tersebut. Kemudian beliau menceritakan hasil pencariannya banyak menjumpai logam-logam sampah seperti tutup botol, penarik tutup tin, paku, kepingan zink dan macam-macam lagi yang kurang bernilai. Tetapi dari cerita beliau juga dan kerajinannya beliau menjumpai duit syiling lama di satu tempat yang beliau jalankan aktiviti hobinya ini. Selain duit syiling lama, beliau menjumpai cincing tembaga dan rantai leher, tetapi tiada nilai kerana ianya bukan dari logam emas....

Terima Kasih

Terima kasih kepada semua yang telah membeli produk yang ditawarkan terutama produk treasure detector yang mendapat sambutan hangat. Terima kasih juga kepada semua pelanggan yag sabar menunggu tempahan produk yang kehabisan stok produk. Saya memerlukan masa untuk menyiapkan beberapa produk mengikut tempahan kerana stok sedia ada habis. Untuk menyediakan stok juga tidak kesampaian kerana permintaan yang berterusan sehinggakan saya sukar untuk menyediakan stok baru. Produk yang telah upgrade terutama alat treasure detector akan diberitahu kepada semua pembeli alat tersebut untuk proses upgrade dari versi sedia ada ke versi baru. Namun begitu setiap kali upgrade dilakukan, produk perlu diuji keberkesanannya. Terima kasih.

Upgrade produk

Imej
Semua produk yang dihasilkan tidak terhenti di situ sahaja. Setelah melalui pelbagai ujian termasuklah komen dari pengguna, produk sedia ada akan dinaik taraf mengikut kesesuaian. Segala kelemahan dahulu diperelokkan dan jika ok ianya akan ditambah baikan lagi. Seperti produk Treasure Detector yang sentiasa dibuat penambahbaikan disamping pemilik alat diberi keistimewaan untuk menaiktaraf secara percuma. Ini dikuatkan lagi dengan jaminan tanpa had yang ditawarkan. Begitu juga dengan produk lain-lain seperti dark sensor yang telah dibuat penambahbaikan dari segi penggunaan wayar yg lebih flexible. Produk-produk lain masih belum boleh dikeluarkan lagi kerana menunggu proses pengujian berjadual selesai dijalankan. Manakala produk seperti scanner 25 feet sedang diuji dan masih dalam R&D, walaupun dahulunya sudah terjual beberapa unit. Produk starter lock juga telah dinaik taraf dengan penambahan alarm dan beberapa konfigurasi lain lagi. Alarm pintu mudah alih akan berada di pasaran d...

Jualan dan tempahan bermula

Kini jualan bermula kembali. Sebarang urusan melalui facebook kerana hampir 95% aktif di facebook. Terima kasih.

Gold Detector + 20 feet Detector

Imej
Alat ini dihasilkan semula untuk versi terbaru yang lebih sensitif dan mudah diguna. Alat ini sudah pun terjual beberapa unit dan digunakan sebagai hobi dan juga alat cari gali oleh kumpulan tertentu. Atas permintaan, alat ini dihasilkan berpandukan kepada keinginan dan keperluan terhadap keadaan pereskitaran dan juga masalah yang sering terjadi untuk alatan yang sedia ada. Alatan ini terhasil hampir 5 unit. Pada masa akan datang ini akan dikeluarkan 5 unit lagi. Harganya yang ditinggi tidak menjadi masalah kepada pembeli alatan ini disamping jaminan sehingga 5 kali masalah atau rosak. Pada masa yang sama juga satu alat lagi dihasilkan untuk mengesan kedalaman sehingga 25 kaki. Walaupun ianya masih baru, tetapi sensitivitinya tetap ada apabila alat mula dihidupkan. Begitu juga pada alat yang lama dinaiktaraf dengan pemasangan meter analog dan akan datang akan dipasang dengan sistem digital. Walaupun begitu ianya perlu diuji keberkesanannya seperti alatan yang lain juga. S...