Translate Your Language

Selasa, 13 April 2010

Mendatangkan hasil

Assalamualaikum....
Baru-baru ini saya dihubungi oleh salah seorang pelanggan yag pernah membeli treasure detector  daripada saya dan menceritakan pengalaman beliau menggunakan alat tersebut. Cerita bermula dengan beliau menghadapi masalah kerana kurang mahir untuk menggunakan alat tersebut walaupun saya sendiri acap kali buat demo. Nasihat saya adalah sentiasa selalu membiasakan dengan alat tersebut agar tidak kekok dan mahir sedikit. Nasihat saya beliau ikuti dan beliau memberitahu dia sudah pun biasa menggunakan alat tersebut.
Kemudian beliau menceritakan hasil pencariannya banyak menjumpai logam-logam sampah seperti tutup botol, penarik tutup tin, paku, kepingan zink dan macam-macam lagi yang kurang bernilai. Tetapi dari cerita beliau juga dan kerajinannya beliau menjumpai duit syiling lama di satu tempat yang beliau jalankan aktiviti hobinya ini. Selain duit syiling lama, beliau menjumpai cincing tembaga dan rantai leher, tetapi tiada nilai kerana ianya bukan dari logam emas.
Dari pengalaman salah seorang pelanggan itu, saya boleh buat kesimpulan dari sudut kerajinannya dan meminati aktiviti pencarian seumpama satu hobi baru. Bagi saya ianya benar walaupun saya sendiri juga hanya ada masa yang terhad untuk melakukan aktiviti pencarian ini kerana masa banyak dihabiskan di dalam lab.
Alat treasure detector ini saya sentiasa simpan di dalam bonet kereta sewaktu balik kampung atau bersiar-siar atau pergi bercuti. Sampai masa bila bosan, saya akan menggunakan alat ini sebagai aktiviti riadah sambil-sambil jika ada rezeki mungkin boleh menjumpai seketul emas seberat 2kg. :-)