Pihak IYC (pusat belia antarabangsa) Cheras, KL telah menjemput Idea Ekstream Network untuk membuka booth pameran sempena Kejohanan Cabaran Kecergasan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Senator Tuan Gan Ping Sieu. Jemputan ini diberikan kerana saya sedang dan telah bekerjasama dengan pihak IYC untuk mengadakan pelbagai program dan kursus berkaitan inovasi yang akan bermula awal tahun hadapan, Insyaallah. Perbincangan dan perjanjian telah berlangsung lama dan disebabkan itu IYC menjemput saya untuk membuka booth pameran di sana.

Booth yang dibuka pada hari tersebut hanya mempamerkan beberapa produk di myrekacipta.com seperti alat pengesan logam, dark sensor, door alarm dan tawaran kursus rekacipta pada masa akan datang. Walaupun masa yang terhad, sambutan adalah menggalakkan dari para pengunjung yang hadir. Target saya adalah menyampaikan informasi.
Jika diizinkan Allah, saya dan pihak IYC akan bekerjasama untuk membuat program luar yang melibatkan penggunaan alat seperti pengesan logam dan beberapa alat lain lagi ke tempat-tempat seperti gua-gua atau tempat peninggalan lombong lama. Sehingga kini masih dalam perbincangan dan menantikan proposal. Pada program tersebut saya lebih cenderung kepada sudur inovasi kepada belia-belia.
Oleh itu kepada belia-belia yang tidak lebih dari umur 25 tahun, bolehlah rajin-rajin ke IYC untuk mengikuti program yang ditawarkan. Insyaallah saya mungkin menjadi salah seorang mentor untuk program sukarelawan yang menurus kepada inovasi. Kepada yang sudah lebih dari umur 25 tahun jangan kecewa, sebab saya akan usahakan program sendiri untuk xpdc ke tempat-tempat yang akan ditentukan kelak. Itu pun bergantung kepada permintaan.
Salam ceria.