Sekali lagi saya akan menyambung kembali R&D mengenai metal detector deep seeker dan mini detector yang senang untuk masuk ke dalam poket seperti dalam permintaan. Seperti yang pernah saya hasilkan dahulu ianya mempunyai kebaikan dan kekurangan yang tersendiri. Pada metal detector deep seeker hanya mengesan logam besar sahaja dan mini detector boleh mengesan logam paling kecil tetapi pada jarak yang sangat dekat. Ini terjadi mengikut konsep teori elektrik yang terjadi dan ianya memerlukan kajian lanjut untuk mengetahui dan memahami konsep lain yang seakan-akan menyerupai konsep asal.
Selain detector ada beberapa produk lain yang agak panas akan keluar. Tetapi salah satu produk mungkin mengambil masa yang sangat lama kerana telah terpilih untuk dipertandingkan pada karnival inovasi tahun hadapan. Walaupun produk tersebut telah dihasilkan dan telah digunakan sendiri, ianya akan diperkenalkan setelah selesai pertandingan tersebut. Insyaallah hujung tahun hadapan.
Mengenai pertanyaan produk yang saya hasilkan ini telah diuji atau tidak, jawapan saya 'ya'. Ianya telah diuji dan diguna setiap hari dan waktu tertentu. Produk seperti dark sensor sudah hampir 3 tahun saya guna dan alhamdulillah masih berfungsi sehingga ke hari ini. Produk metal detctor pula saya guna untuk aktiviti riadah cuti hujung minggu di tempat-tempat tertentu bersama kumpulan saya sendiri yang mempunyai alat yang sama setiap seorang. Alat sarter lock pula dipasang pada kereta saya dan pada semua ahli keluarga saya dan saudara-mara. Begitu juga dengan beberapa produk lain yang belum disiarkan lagi di blog dan web site.
Kepada yang telah membeli produk-produk melalui blog ini atau myrekacipta.com atau melalui FB, ribuan terima kasih saya ucapkan. Kutipan jualan tersebut banyak saya laburkan untuk R&D saya untuk produk-produk sedia ada dan yang baru. Terima kasih kerana memberi sokongan dan maaf sekiranya perkhidmatan saya tidak begitu memuaskan lagi. Insyaallah saya sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.