Prototaip alat penggera pintu sudah siap sepenuhnya dibuat dan dibuat ubah suai. Ianya diuji dengan beberapa tombol pintu yang mempunyai pelbagai bentuk dan juga binaannya yang mana struktur kerangka pintu ada yang diperbuat daripada kayu atau besi. Setelah dibuat penyelidikan ternyata pintu yang diperbuat daripada besi sepenuhnya tidak memberi apa-apa fungsi kepada alat ini.
Ini bermakna pintu besi tidak berfungsi dengan alat ini. Ianya sesuai untuk pintu kayu atau plastik. Manakala rangka tepi pintu yang terdiri daripada besi juga tidak sesuai. Tapi ada satu caranya dengan membuat sedikit tampalan pada sudut tertentu. Ianya akan dinyatakan dpada manual yang disertakan.
Bentuk sebenar produk belum disiarkan lagi. Seperti gambar yang ditunjukkan adalah prototaip sahaja. Alat ini hanya perlu digantungkan kepada tombol pintu dan setkan kepekaan. Jika ada sesorang memegang tombol pintu dari luar, LED akan menyala dan alarm akan berbunyi seketika. Ia menggunakan kuasa bateri 9 volt iaitu bateri kotak yang biasa dijual di kedai-kedai runcit.
Produk ini bukan produk baru tetapi ianya dihasilkan di produk kreatif untuk keperluan pengguna. Sesuai untuk alarm rumah. Mengesan kehadiran seseorang jika memegang tombol pintu walaupun orang tersebut menggunakan sarung tangan atau pelapik kerana ia mengesan frekuensi badan. Boleh dijadikan sebagai penggera pintu bilik untuk mengesan seseorang balik lambat atau sebagainya. Boleh dijadikan sebagai alarm untuk tetamu yang datang ke premis-premis atau pejabat. Selain pintu anda boleh guna sebagai alarm untuk alat-alat lain seperti handphone, kunci kereta dan seumpamanya.
Oleh itu anda boleh tunggu kemunculan produk ini dan anda cubalah sendiri fungsi alat ini beserta dengan pakej tertentu. Kemunculannya tidak lama lagi.