Assalamualaikum. Salam hormat dan salam satu Malaysia.
Sudah lama sekali saya tidak update blog ini atas sebab tugasan yang berterusan dan juga masih belum ada lagi topik yang menarik untuk diperkatakan. Kali ini saya ingin memberitahu mengenai pembaharuan yang telah saya lakukan dalam perancangan dan juga sistem pembuatan. Tidak lama lagi akan adanya sistem pengeluaran dan pembuatan yang lebih teratur serta berkualiti.
Anda boleh pergi terus ke laman web http://www.myrekacipta.com/ untuk melihat produk yang dijual dan juga untuk melihat beberapa produk terbaru yang akan keluar tidak lama lagi. Pada blog ini saya gunakan sebagai tempat saya memberi info tambahan mengenai produk yang akan dihasilkan beserta dengan info terkini yang berkaitan.
Seperti yang kita sedia maklum, produk yang kini mendapat sambutan adalah alat Pengesan Logam. Yang mana sehingga kini produk tersebut adalah paling banyak dibuat upgrading dan proses R&D masih berjalan sehingga sekarang. Bagi saya setiap produk yang dihasilkan tidak akan berhenti di situ sahaja kerana pemerhatian dan juga testimoni pelanggang diambil kira sebagai sumber rujukan untuk memperbaiki lagi kualiti dan fungsi produk. Semua produk tidak akan sempurna sepenuhnya dan pasti ada kelemahan dan kekurangannya. Namun saya sentiasa berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan dan mencuba untuk menjadi yang terbaik, Insyaallah.
Kini alat Pengesan Logam sudah berwajah baru dan mempunyai fungsi terbaru. Ini bermakna model lama tidak dijual lagi kerana model baru telah menjadikan alat tersebut lebih stabil berkeupayaan. Namun begitu, sehingga alat baru ini sudah terjual, manual cara guna masih sedang dalam pembikinan lagi atas sebab tumpuan masa kepada produksi serta kakitangan yang tidak mencukupi. Insyaallah, awal tahun hadapan segalanya akan berubah sepenuhnya. Paling diutamakan adalah pada bahagian produksi.
Bagi produk lain seperti dark sensor dan starter lock kurang mendapat sambutan kerana tiada promosi dibuat. Bermakna tiada sebarang pengiklanan dibuat untuk produk lain dan ianya amat menyukarkan kerana tumpuan lebih kepada alat pengesan logam. Untuk itu, sebagai persediaan akan datang ini, perancangan telah dibuat untuk mencari agen-agen pemasaran produk-produk yang saya hasilkan. Kesemua produk ini dihasilkan dan diniagakan di bawah syarikat Global Palmtech SDN BHD dan akan didaftarkan pada Kementerian Kewangan Malaysia.
Jika dilihat pada laman web, ia bukanlah laman web rasmi syarikat kerana laman web rasmi belum diterbitkan lagi. Segala-galanya dirancang dengan rapi bagi memastikan hasilnya pada masa akan datang akan lebih berjaya. Insyaallah.
Buat masa ini beberapa agen pemasaran telah berjaya ditetapkan antaranya agen pemasaran untuk negeri Sarawak dan Sabah dan agen pemasaran untuk negeri Sembilan dan Melaka. Agen pemasaran untuk negeri Kelantan masih dalam rundingan lagi. Semua agen pemasaran sebenarnya memasarkan semua produk yang akan diproduksikan, yang mana senarai produk terbaru itu tidak disenaraikan lagi di dalam web atau blog ini.
Insyaallah... semua ini akan berjaya. Di sini saya ingin meminta ribuan kemaafan sekiranya emel, sms dan panggilan telefon tidak terjawab. Ada kalanya saya sibuk dan masa kerja banyak dihabiskan di dalam lab. Insyaallah, saya akan war-warkan nombor telefon PA saya dan segala emel akan segera dijawab sekiranya saya berada dalam tugas. Tugasan R&D bukanlah kerja seperti di pejabat atau kerja mengadap pc, kerja tersebut memerlukan tumpuan penuh dan penelitian maksimum. Diharap anda semua dapat memberi sokongan dan doakan kejayaan saya sebagai usaha anak tempatan dan umat Islam dalam memajukan dalam bidang berkaitan.
Terima kasih.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!