Assalamualaikum dan salam ceria. Bersua kembali kali ini dengan artikel mengenai alat pengesan logam terbaru jenis BFB. Secara keseluruhannya bagi alat ini merupakan alat pengesan logam yang telah dibuat naik taraf kepada yang lebih mantap lagi. Sistem yang digunakan bagi md bfb ini adalah jenis BFO.
Merupakan teknologi system yang paling lama digunakan menjangkau hampir 100 tahun. Namun teknologi tersebut dari masa ke semasa sentiasa dinaik taraf kepada yang lebih baik dan mesra pengguna. sehinggakan ke hari ini system lama ini masih digunakan dan ianya lebih menampakkan keberkesannya. Tidak semua bernasib baik atas ape yang kita perolehi atau dapat dengan menggunakan alat pengesan logam.
Merupakan teknologi system yang paling lama digunakan menjangkau hampir 100 tahun. Namun teknologi tersebut dari masa ke semasa sentiasa dinaik taraf kepada yang lebih baik dan mesra pengguna. sehinggakan ke hari ini system lama ini masih digunakan dan ianya lebih menampakkan keberkesannya. Tidak semua bernasib baik atas ape yang kita perolehi atau dapat dengan menggunakan alat pengesan logam.
Namun bergantung kepada rezeki masing masing dan usaha yang dilakukan semasa menggunakan alat ini untuk pelbagai tujuan seperti mencari barangan lama berharga atau mencar emas di dalam tanah. Seperti juga alat pengesan yang pernah saya hasilkan seperti MD BFO dan MD BB. Ia menggunakan system BFO yang sama bagi kedua duanya. Tetapi ada beberapa perubahan dan kelainan bagi setiap unit md tersebut.
Manakala terdapat kelebihan dan kekurangan juga bagi kedua dua unit tersebut. Walapun begitu seseburuk mana pun alat md yang dihasilkan ianya masih mendapat permintaan dan jualan juga tidak mengecewakan. Hanya bergantung kepada si pengguna alat ini untuk menyesuaikan diri dan memahirkan cara penggunaannya sehingga mudah untuk dikendalikan.
Sepanjang saya menghasilkan alat pengesan logam yang menggunakan system bfo ini, saya tidak menitik beratkan mengenai fungsi pada bunyi sehinggalah satu ketika saya menyedarinya sewaktu melihat fungsi satu md komersial yang hampir serupa fungsi dan cara guna. Namun saya masih tidak dapat menerima akan fungsi md komersial yang diiklankan sedangkan saya sangat memahami kendali system bfo ini dan pernah beberapa kali membuat ujian berjadual pada setiap objek logam yang dikesan. Apa yang digambarkan adalah pengasingan logam yang dikesan kepada dua bahagian seperti logam bukan unsure besi dan logam berunsur besi.
Jadi, pada alat md menghasilkan dua bunyi yang berbeza apabila tune pada md diset dengan betul. Memang benar kedua dua bunyi terhasil apabila diuji pada kedua dua unsur logam tadi. Itu pun sekiranya salah satu unsure logam tersebut adalah tulen dan tidak bercampur antara kedua dua unsure. Jika berlaku percampuran dua unsure logam tersebut, md akan mengesan pula kekuatan bagi salah satu bagi dua unsure logam tadi. Jika lebih kepada besi, bunyi akan menurun dan jika lebih kepada unsure logam bukan besi bunyi akan menaik.
Pada md BFB ini hanya mempunyai system bunyi sahaja. Tiada paparan meter analog atau digital. Manakala binaan dalamannya mempunyai speaker dan soket untuk headphone. Tidak seperti model bfo atau BB sebelum ini tiada binaan speaker keluaran. Ini kerana dahulunya rekaan yang dibuat menjadikan speaker terlalu perlahan mengeluarkan bunyi semasa digunakan. Oleh yang demikian alat md terpaksa menggunakan headphone untuk mendengar keluaran bunyi. Tetapi kini system mf BFB ini menggunakan system speaker keluaran yang lebih kuat dan disertakan dengan soket headphone.
Penggunaan komponen juga telah ditukarganti kepada komponen yang lebih tahan lama dan lasak. Alat pengesan logam jenis BFB atau Beat Frequency Balance namanya merupakan md yang menggunakan system bfo yang telah digabungkan dengan system lain supaya ianya lebih stabil dan mudah digunakan. Ia menggunakan bateri 9 volt sebanyak dua biji dan kedudukan bateri berada di luar kotak kawalan agar memudahkan bateri ditukar ganti tanpa perlu memutar skru dan sebagainya.
System bateri juga telah dipertingkatkan dengan menggunakan dua bateri berasingan. Penerangan secara ringkasnya, pada alat kawalan terdapat dua blok binaan system iaitu blok pengesan dan blok pengeluaran iaitu speaker. Jika kedua dua blok menggunakan sumber bateri yang sama ianya masih boleh berfungsi tetapi akan berlaku gangguan perubahan mendadak pada frekuensi rujukan semasa volume speaker dilaraskan. Oleh yang demikian pelarasan pada fine atau search terpaksa dilakukan semula. Masalah ini juga berlaku pada md model saya yang terdahulu. Dan system bateri terpaksa di asingkan bagi mengelak masalah tersebut.
Untuk rekabentuk batang pemegang dan piring juga telah ditukar. Bagi saya rekaan yang terbaru ini adalah lebih praktikal dan udah digunakan. Manakala ianya lebih tahan lasak. Menggunakan rekaan batang plastic yang boleh dilaras pendek dan panjang pada hujungnya. Serta penyendal lengan yang lebih selesa. Pemegang juga lebih selesa dipegang kemas dan untuk lebih selesa pemegang tersebut boleh ditambah pembalut getah atau span. Batang yang dilaras pendek boleh disimpan dengan mudah.
Jadi, sekiranya ada yang bertanya siapakah yang sesuai menggunakan alat ini? Jawapannya untuk semua golongan. Namun yang paling sesuai adalah mereka yang baru untuk mencuba mengguna alat pengesan logam baru dan juga rakan rakan yang berhasrat untuk mengadakan aktiviti mengesan logam dan mineral di dalam tanah.
Pembelian dan tempahan telah dibuka. Anda juga boleh menghubungi terus kepada saya. Untuk sebarang pertanyaan atau ingin bertukar tukar pandangan dan idea bolehlah hubungi saya terus melalui call atau sms atau wassap.
Terima kasih yaaa...