Penstabil voltan mini
Ia merupakan alat untuk menstabilkan voltan bateri pada kenderaan seperti kereta, van, mpv, suv dan seumpamanya asalkan mengunakan sistem bateri 12 volt. Produk ini hanya mudah dipasang pada soket cucuh rokok atau soket power 12 volt yang ada pada setiap kenderaan. Hanya perlu masukkan ke soket pencucuh dan jalaann...

Alat ini diberi nama penstabil voltan atau nama pendeknya PV. Saya telah menggunakan lebih dari 3 tahun. Dalam tempoh penggunaan alat ini sebagai barang ujikaji atau prototaip banyak yang telah saya rasai. Dan ada yang mengatakan alat ini berfungsi untuk menjimatkan minyak. Ramai yang kata dan telah menyamakan dengan produk komersial yang ada di pasaran. Namun jawapan saya adalah tidak. Seperti yang telah saya nyatakan tadi fungsi alat ini adalah sebagai penstabil voltan bateri kereta dan fungsinya dapat melindungi serta memberi prestasi kehadapan kepada sistem kereta. Jika ia menjimatkan minyak petrol, bagi saya itu adalah satu bonus.

Jika perlu faham akan perkara ini. Banyak faktor boleh diambil kira seperti kenderaan yang sangat pikap boleh mengurangkan penggunaan petrol yang berlebihan atas sebab cara pembakaran petrol yang tidak sempurna.
Berbalik pada cerita tadi, saya telah menggunakan alat ini lebih dari 3 tahun secara konsisten. Apa yang berlaku adalah hasil yang saya perolehi daripada alat ini berfungsi. Memang sukar untuk saya terangkan pada awal permulaan alat ini digunakan. Dan pada masa yang sama juga saya tidak berminat lagi untuk menjual atas sebab saya masih belum memahami sifat sifat alat tersebut.
Pada permuaannya target utama adalah nak bagi minyak petrol jimat. Sebabnya terpengaruh dengan produk dipasaran. Memang nak je tiru tapi bila fikirkan balik nanti saya dapat susah pula. Jadi saya dapatkan litar elektronik yang asas di internet dan mulalah buat kajian. Prototaip dihasilkan dan alat dipasang pada kereta saya dan satu motosikal EX5. Rekaan yang mula-mula tidak begitu mantap. Kemudian R&D bermula dan penambahbaikan sedikit demi sedikit dibuat. Sehinggalah saya benar benar puashati.

Apa yang menarik pada alat ini saya sendiri sudah banyak buat perubahan dan pembaikan. Ada 3 LED pada alat ini sebagai penunjuk cas bateri kereta yang sebelum, semasa dan selepas digunakan. 3 LED ini saya labelkan dengan Low untuk bateri yang kurang daripada 11 volt, OK untuk cas bateri lingkungan 12 volt dan ini yang normal cas, dan High untuk cas bateri melebihi 13 volt ke atas. Semasa pemanduan LED akan menyala. Sama ada Low, OK atau High. Jadi ketiga tiga Led akan menyala mengikut nilai cas bateri dan pertukaran nyalaan Led boleh dilihat semasa memecut kenderaan, menekan brek, memasang aircond atau menggunakan alatan tambahan lain.
Jadi, ceritanya mengenai alat ini yang simple dan selepas 3 tahun baru saya yakin untuk bercerita.
P/s: bermula dari tahun 2010 sebentar nya...
Dapatkan seunit sekarang dan bantu saya dengan membeli untuk kumpul dana bagi projek alternative power energy... (minta kat MoSTi, Cradle kena reject aje... huhuhu..)
Dapatkan seunit sekarang dan bantu saya dengan membeli untuk kumpul dana bagi projek alternative power energy... (minta kat MoSTi, Cradle kena reject aje... huhuhu..)