Assalamualaikum dan salam hormat. Bersua lagi kali ini dengan pengunguman produk terbaru. Setelah lama diharapkan dan dinantikan, akhirnya terlaksana sudah. Itu pun sudah hampir hampir dah nak raya puasa baru siap sepenuhnya. Mana member yang memang menanti tu akhirnya dapat jawapan sekarang. Dan begitu juga pada member yang tinggal jauh seperti di Kelantan, terpaksalah siapkan dan buat penghantaran dengan kadar segera sebab takut barang sampai lepas raya pula. Yang mana member dekat area Selangor KL memang tiada masalah sebab boleh datang terus ambil.

Jadi secara pendeknya saya jelaskan kegunaan dan sifat sifat terbaru jenis TRX ini. Jika dilihat pada kotak kawalannya hampir sama dengan jenis PI2. Tetapi ia tiada paparan meter. Hanya bunyi buzzer saja. Jadi hanya pada bunyi sahaja untuk alat ini. Namun begitu, walaupun hanya bunyi sahaja, ianya lebih sensitif untuk mengesan. Manakala buzzer diletakkan di bahagian luar kerana bagi mengelak kemasukan air ke dalam kotak kawalan. Buzzer pula tahan kepada air jika ia terkena.

Bagi segi beratnya alat ini, ianya terasa berat sedikit berbanding jenis sebelumnya kerana pada bahagian coilnya dibuat dengan lebih padu. Ini bagi mengelak dari kebocoran dimasuki air.
Maklumat dari pencari barangan logam sebelum ini lebih kehendakkan satu aktiviti yg agak berlainan seperti pencarian di dalam air. Dengan adanya alat terbaru ini diharapkan aktiviti tersebut dapat dilakukan dengan mudah dan menyeronokkan.
Jika berminat dan ingin membuat pembelian atau tempahan, sila hubungi saya terus. Terima kasih.