Translate Your Language

Isnin, 25 Julai 2011

Sejarah jenis pengesan

Assalamualaikum. Salam ceria kepada anda semua. Kepada rakan-rakan seperjuangan, terima kasih kerana banyak kerana memberi sokongan dan bantu dari segi teknikal mahupun tenaga kerja.

Di sini saya ingin tunjukkan koleksi alat pengesan logam yang pernah produkreatif hasilkan bermulanya dari konsep idea, melakukan kerja R&D, sehinggalah ke hari ini menghasilkan satu produk tersendiri. Pada permulaan proses untuk menghasilkan alat ini bukanlah mudah. Untuk melaksanakan idea saja mengambil masa lebih dari enam bulan.

Kemudian setelah cukup dana dan juga kelengkapan peralatan, barulah boleh memulakan R&D. Pada peringkat pembangunan saja pun sudah mengambil masa yang lama dan banyak pelaburan wang ringgit digunakan.

Jadi marilah kita sama-sama lihat turutan ini melalui koleksi gambar yang pernah dirakamkan.



1. Prototaip produk sebenar yang dibuat dengan dibantu rakan-rakan yang mempunyai kemahiran dan idea tersendiri. Pada masa ini saya hanya berjaya menghasilkan kotak kawalan yang lengkap dengan pelbagai fungsi. Dari segi fizikal luaran, rakan-rakan banyak membantu. Sistem digunakan adalah jenis PI yang diklon.

2. Ini adalah prototaip yang telah dinaik taraf. Masa untuk menaik taraf mengambil masa yang lama dan banyak dana telah dihabiskan. Pada masa ini alat ini belum dijual lagi dan masih dalam pengujian.

3. Produk pertama yang telah berjaya dijual. Tapi pada masa ini produk telah dinaik taraf dengan penambahan meter analog. Namun begitu model ini tidak bertahan lama kerana masalah pada meter dan juga bateri yang cepat habis.

4. Masih kekalkan penggunaan meter dan telah dinaiktaraf dengan menutupi kelemahan lama. Namun pengguna banyak memberi pendapat agar lebih mesra pengguna dan penggunaan meter tidak sesuai.

5. Meter analog dibuang dan digantikan dengan meter digital LED. Model ini sangat efisyen dan ramai yang berminat. Tetapi masih tidak mampu bertahan juga kerana bateri cepat habis dan tidak stabil jika berlakunya perubahan suhu persekitaran. Pengguna ramai yang mengadu tangan lenguh dengan model ini kerana adanya pendakap lengan.

6. Model ini telah diperbaharui secara keseluruhannya. Menggunakan system BFO yang merupakan system paling tua di dunia tetapi paling sempurna untuk semua keadaan. Menggunakan headphone dan tiada pendakap lengan. Pergerakan lebih bebas.

7. Penambahbaikan lagi dengan piring pengesan boleh kena air, alat boleh dilerai pasang siap, dipasang soket wayar, tambahan tombol fine dan komponen elektronik lebih kualiti tahan perubahan suhu. Juga ditambah dengan suis pilihan coil pengesan.

Selain itu tidak lupa juga pada alat Deep Seeker Two Box yang telah dihasilkan. Bentuk agak berlainan sikit dan cara kendalian juga berbeza. Tiada bunyi pengesan tetapi hanya melihat kepada bacaan meter analog. Pengesan ini hanya dijual beberapa unit sahaja kerana tidak dipromosikan secara normal.



Jika diikut pada rekod, produkreatif telah menghasilkan tiga system pengesan iaitu jenis Pulse Induction (PI), Induction Balance (IB) dan Beat Frequency Oscillator (BFO). Dan sekarang yang ada adalah jenis BFO. Pada akan dating nanti, ketiga-tiga jenis ini akan dikeluarkan sekali. Ketiga-tiga system ini juga telah diperbaharui.

Jadi,  inilah dia beberapa koleksi pengesan logam yang telah produkreatif hasilkan dengan mengambil masa beberapa tahun dan menghabiskan ribuan ringgit untuk kerja-kerja pembangunan dan penyelidikan.

Akan datang saya akan ceritakan beberapa produk lain selain daripada produk berkaitan dengan pengesan logam. Insyaallah beberapa produk baru akan keluar selain daripada Pengesan Logam Pin Pointer, terdapat produk keselamatan dan produk kesihatan (bukan makanan kesihatan tapi alat kesihatan).

Puasa sudah hampir dan raya pula akan muncul. Jadi ramai yang akan tinggalkan rumah masa perayaan nanti. Oleh itu alat keselamatan rumah perlu dipasang. Manakala alat kesihatan pula sesuai untuk semasa raya nanti sebab tabiat pemakanan yang tidak terkawal boleh mengundang banyak kesan buruk dan juga penyakit.