Kini satu lagi produk baru untuk aksesori Pengesan Logam telah dilancarkan. Produk ini diberi nama GP Pin Pointer. Fungsinya sama seperti pengesan logam yang ada di pasaran yang seumpama dengannya.
Fungsi utama Pin Pointer ini adalah mengesan logam yang kecil. Sekecil emas bersaiz kepala mancis. Itu pun jika dilaras dengan betul kepekaanya.
Selain itu ia berguna ketika Alat Pengesan Logam BFO mengesan objek di dalam tanah atau pasir, ketika itu Pin Pointer sangat sesuai digunakan ketika mencari objek yang dikesan tadi dengan cara menyongkil atau menggali dengan hujung batang pin pointer. Semasa menggali pada masa yang sama ia mengesan.
Jika bunyi kedengaran dan LED menyala atau bertukar warna, pada masa itu objek telah berjaya dikesan dan diperolehi. Jika sebelum ini kita menggali dengan tangan atau alat penggali, dengan adanya pin pointer ini kerja pencarian lebih mudah.
Harga yang ditawarkan adalah RM89.00. Jadi anda boleh dapatkan produk ini segera. Manual pengguna akan diberikan. Jika berminat untuk ketahui produk ini lebih lanjut dan tawaran harga menarik, sila ke link ini DI SINI.