Translate Your Language

Isnin, 25 Julai 2011

Hydrogen Fuel untuk kenderaan

Produk ini telah lama digunakan dan saya sendiri telah membuat beberapa modifikasi terhadap produk ini. Cell hydrogen ini diambil daripada seorang rakan yang menghasilkan cell ini dan menjual kepada pengguna kenderaan. Pada gambar dan video adalah beberapa ujikaji yang saya jalankan dan saya sendiri telah menghasilkan cell hydrogen sendiri dengan rekabentuk yang lain dari yang lain. Namu tiada imej yang dibenarkan untuk ditunjukkan lagi buat masa ini.


Sebenarnya telah ramai yang telah menghasilkan hydrogen cell generator ini dan ada yang telah menjualnya kepada pengguna kenderaan. Ianya sangat efektif dan memberikan kesan positif kepada kenderaan terutamanya bagi menjimatkan penggunaan petrol dan diesel secara total dan lebih pick-up.


Pada saya penambahan alat kawalan elektronik adalah lebih baik dan selamat berbanding penyambung terus ke sumber bekalan kuasa bateri yang mana ianya mungkin akan berlaku pintasan walaupun sedikit. Dengan adanya system elektronik, pintasan tidak akan berlaku dan bateri kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat. Penyambungan terus walaupun melalui fius, ia akan memusnahkan fius dan sedikit kesan pintasan sementara tetap berlaku walaupun sedikit.

System kawalan elektronik yang saya reka ini bukanlah seperti PWM biasa yang biasa digunakan. Dua gegelung inductor dihasilkan bagi memberikan kuasa kekal kepada rod cell agar lebih cekap ketika penghasilkan gas.
Jika anda tidak biasa dengan produk ini, ia berfungsi menghasilkan gas hydrogen daripada air untuk pembakaran enjin kereka bercampur dengan bahan bakar asal iaitu petrol atau diesel. Penyambung yang baik seperti jenis hos yang digunakan, tabung perangkap wap air perlu diutamakan kerana untuk jangkamasa panjang boleh merosakkan komponen enjin kenderaan seperti masalah pada Mass Air Flow sensor dan sebagainya. Namun begitu kesan positif seperti penjimatan minyak adalah yang paling utama berbanding masalah lain yang sangat sedikit kesannya.



Produkreatif akan menghasilkan hydrogen cell generator ini dengan rekaan tersendiri dengan gandingan alat kawalan elektronik yang diberi nama Cell Coil Controller. Setelah 6 bulan membuat ujian, baru kini ianya akan dihasilkan untuk produk terbaru. Cuma masalah akan datang adalah tiada staft yang boleh membuat kerja pemasangan pada kenderaan jika ianya sudah mula dijual.