Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Alat Pengesan Logam Jenis BB

Imej
Assalamualaikum dan salam ceria. Sudah begitu lama saya tidak update post di blog ini. Saya sibuk dengan kerja R&D saya dan pada masa yang sama terlalu banyak tempahan yang saya terima terutama sekali produk pengesan logam. Pada kali ini alat pengesan logam sudah pun dinaik taraf kepada jenis Beat Ballance (BB) daripada yang jenis sebelumnya iaitu Beat Frequency Oscillator (BFO). Naik taraf ini bagaimanapun sudah menjangkau lebih dari sebulan. Namun begitu penjualannya sangat rancak berbanding model BFO walaupun iany tidak diiklan di dalam blog ini atau mana-mana laman web lagi. Setelah menjangkau sebulan lebih, baru kini saya memberi info mengenai alat pengesan jenis BB ini. Apakah keistimewaan alat pengesan jenis BB ini berbanding BFO? Secara ringkasnya alat pengesan BB ini adalah gabungan dua jenis alat pengesan iaitu jenis Beat Frequency Oscillator dengan jenis Induction Ballance. Gabungan kedua-duanya ini menghasilkan Beat Ballance atau BB. Sebenarnya alat pengesan j...

Alat Kesihatan GPz

Imej
Ini merupakan salah satu produk terbaru daripada produkreatif. Ia merupakan alat untuk penjagaan kesihatan yang terbukti berkesan untuk melawan beberapa penyakit seperti demam selsema, sakit sendi, asma, kanser dan beberapa lagi. Alat ini dihasilkan daripada kajian Dr Zulda yang telah menghasilkan alat seumpama ini dengan pelbagai kajian yang telah beliau lakukan. Daripada testimony para pengguna juga mendapati ianya sangat berguna untuk melawan penyakit tertentu. Walaubagaimana pun Dr Zulda sudah lama meninggal dunia dan diambil alih oleh anak beliau pula. Walaupun produk ini baru tetapi ianya sudah lama dibuat kajian dan penelitian dalam pembangunan semula alat ini. Fungsi utama alat ini adalah mematikan virus dan bacteria jahat di dalam badan hanya dengan aliran frekuensi melalui tubuh badan. Ianya bukanlah seperti alat kesihatan cas static yang ada di pasaran sekarang, namun ini adalah cara lain untuk penjagaan kesihatan. Ia tidak menghasilkan voltan tinggi. Ianya hanya mengh...

Hydrogen Fuel untuk kenderaan

Imej
Produk ini telah lama digunakan dan saya sendiri telah membuat beberapa modifikasi terhadap produk ini. Cell hydrogen ini diambil daripada seorang rakan yang menghasilkan cell ini dan menjual kepada pengguna kenderaan. Pada gambar dan video adalah beberapa ujikaji yang saya jalankan dan saya sendiri telah menghasilkan cell hydrogen sendiri dengan rekabentuk yang lain dari yang lain. Namu tiada imej yang dibenarkan untuk ditunjukkan lagi buat masa ini. Sebenarnya telah ramai yang telah menghasilkan hydrogen cell generator ini dan ada yang telah menjualnya kepada pengguna kenderaan. Ianya sangat efektif dan memberikan kesan positif kepada kenderaan terutamanya bagi menjimatkan penggunaan petrol dan diesel secara total dan lebih pick-up. Pada saya penambahan alat kawalan elektronik adalah lebih baik dan selamat berbanding penyambung terus ke sumber bekalan kuasa bateri yang mana ianya mungkin akan berlaku pintasan walaupun sedikit. Dengan adanya system elektronik, pint...

Sejarah jenis pengesan

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria kepada anda semua. Kepada rakan-rakan seperjuangan, terima kasih kerana banyak kerana memberi sokongan dan bantu dari segi teknikal mahupun tenaga kerja. Di sini saya ingin tunjukkan koleksi alat pengesan logam yang pernah produkreatif hasilkan bermulanya dari konsep idea, melakukan kerja R&D, sehinggalah ke hari ini menghasilkan satu produk tersendiri. Pada permulaan proses untuk menghasilkan alat ini bukanlah mudah. Untuk melaksanakan idea saja mengambil masa lebih dari enam bulan. Kemudian setelah cukup dana dan juga kelengkapan peralatan, barulah boleh memulakan R&D. Pada peringkat pembangunan saja pun sudah mengambil masa yang lama dan banyak pelaburan wang ringgit digunakan. Jadi marilah kita sama-sama lihat turutan ini melalui koleksi gambar yang pernah dirakamkan. 1. Prototaip produk sebenar yang dibuat dengan dibantu rakan-rakan yang mempunyai kemahiran dan idea tersendiri. Pada masa i...

Video Pin Pointer

Imej
Sementara saya menyiapkan video Pengesan Logam BFO (panjang movie nye...), saya berikan dahulu video untuk Pengesan Logam Pin Pointer yang terbaru ini. Produk ini sudah lama telah disiapkan. Sudah lebih setahun tetapi baru sekarang diperkenalkan. Video yang saya tunjukkan ini  saya upload ke youtube dan saya link ke blog ini. Selamat menonton. Video kedua adalah sambungan dari video pertama. Bezanya video kedua saya tunjukkan pengujian objek yang telah dijumpai dengan Pengesan BFO seperti batu dan logam kasar yang tidak diketahui unsurnya. Video seterusnya ketika berada di pantai Mersing, Johor. Namun begitu pergambaran di sana tidak begitu berjalan lancar disebabkan saya kurang sihat dan tidak larat untuk meneruskan. Jika anda rasa produk ini berguna untuk aktiviti anda, sila dapatkannya dengan order terus melalui online (sebab harga order online lebih murah berbanding pembelian seperti biasa). Sila klik link ini untuk order.

Produk baru Pin Pointer

Imej
Salam semua. Kini satu lagi produk baru untuk aksesori Pengesan Logam telah dilancarkan. Produk ini diberi nama GP Pin Pointer. Fungsinya sama seperti pengesan logam yang ada di pasaran yang seumpama dengannya. Dibandingkan dengan Alat Pengesan Logam BFO, alat baru ini lebih kecil dan boleh dimuatkan di dalam beg. Mudah untuk di bawah ke mana-mana ketika aktiviti pencarian dijalankan. Fungsi utama Pin Pointer ini adalah mengesan logam yang kecil. Sekecil emas bersaiz kepala mancis. Itu pun jika dilaras dengan betul kepekaanya. Selain itu ia berguna ketika Alat Pengesan Logam BFO mengesan objek di dalam tanah atau pasir, ketika itu Pin Pointer sangat sesuai digunakan ketika mencari objek yang dikesan tadi dengan cara menyongkil atau menggali dengan hujung batang pin pointer. Semasa menggali pada masa yang sama ia mengesan. Jika bunyi kedengaran dan LED menyala atau bertukar warna, pada masa itu objek telah berjaya dikesan dan diperolehi. Jika sebelum ini kita menggali dengan t...

Update R&D

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya update penulisan blog ini ketika saya berada di lab baru. Pada msa itu juga line internet baru saja masuk. Oleh itu pada masa ini saya tiada masalah lagi untuk online dan update blog-blog dan mencari maklumat di internet. Saya mempunyai beberapa blog lain yang berkaitan dengan bidang masing-masing. Namun saya pada sebelum ini sukar untuk menentukan blog mana yang sesuai untuk saya udate aktiviti R&D secara ringkasnya sebagai bahan mentelaah dan rujukan rakan-rakan semua. Serba sedikit saya akan cuba berkongsi maklumat terkini dan bersedia membantu sekiranya rakan-rakan perlukan pertolongan, Insyaallah. Bagi saya, di blog inilah saya berkongsi maklumat dan pengalaman aktiviti untuk masa tertentu. Diharapkan blog ini dapat dijadikan platfom untuk mencari maklumat saja. Selain dari itu seperti isu politik, perkauman, kenegaraan, masalah peribadi atau yang berkaitan adalah tidak digalakkan. Sila cari blog yang sesu...

Salam kembali

Imej
Assalamualikum. Salam sejahtera, Salam ceria. Pertama sekali saya ingin memberitahu kehadiran saya yang sekian lama menyepi di blog ini merupakan satu berita bahawa saya kembali semula seperti sedia ada. Kesibukan saya sebelum ini membuatkan blog ini sepi seperti tidak bertuan. Namun rahsia di sebalik kesepian ini bukanlah menggambarkan saya sebenarnya menyepi. Saya sibuk dengan pelbagai tugasan dan persiapan untuk rancangan akan datang. Kehadiran sulung saya pada tahun ini ingin memberitahu dan menceritakan pengalaman saya serta perkara penting berkenaan dengan produk kreatif. Diharap dengan luahan ini serba sedikit dapat memberikan gambaran apakah rancangan saya seterusnya yang pastinya ramai tertunggu-tunggu. Kini saya baru sahaja selesai berpindah di tempat baru. Lab, office dan tempat produksi kini berada di tempat baru yang lebih selesa berbanding tempat lama yang agak sempit dan tidak mesra pengguna. Dengan beradanya di tempat baru kini, diharapkan tugasan seperti R&D ...