Translate Your Language

Selasa, 27 Disember 2011

Alat Pengesan Logam Jenis BB

Assalamualaikum dan salam ceria. Sudah begitu lama saya tidak update post di blog ini. Saya sibuk dengan kerja R&D saya dan pada masa yang sama terlalu banyak tempahan yang saya terima terutama sekali produk pengesan logam.

Pada kali ini alat pengesan logam sudah pun dinaik taraf kepada jenis Beat Ballance (BB) daripada yang jenis sebelumnya iaitu Beat Frequency Oscillator (BFO). Naik taraf ini bagaimanapun sudah menjangkau lebih dari sebulan. Namun begitu penjualannya sangat rancak berbanding model BFO walaupun iany tidak diiklan di dalam blog ini atau mana-mana laman web lagi.

Setelah menjangkau sebulan lebih, baru kini saya memberi info mengenai alat pengesan jenis BB ini. Apakah keistimewaan alat pengesan jenis BB ini berbanding BFO?

Secara ringkasnya alat pengesan BB ini adalah gabungan dua jenis alat pengesan iaitu jenis Beat Frequency Oscillator dengan jenis Induction Ballance. Gabungan kedua-duanya ini menghasilkan Beat Ballance atau BB.

Sebenarnya alat pengesan jenis BFO dengan yang baru ini iaitu BB tidak begitu ketara sangat perbezaannya. Yang membuatkan ia berbeza adalah dari segi stabil dan lebih sensitif. Saiz coil pengesan lebih lebar. Penggunaan bateri 9 volt sebanyak dua unit. Penambahan bateri menjadikan lebih stabil khas untuk kegunaan audio alat pengesan.

Alat pengesan jenis BB ini adalah gabungan litar digital dengan litar analog. Namun begitu penghasilan alat ini lebih sukar dan sangat rumit berbanding alat pengesan jenis BFO. Ia melibatkan penggunaan komponen tambahan seperti hablur berfrekuensi 3Mhz.

Kadar kebolehan alat ini sangat sensitif terutama sekali kepada tanah yang mengandungi unsur galian atau logam seperti amang hitam. Sesuai untuk semua keadaan tempat termasuk kawasan pantai. Namun begitu alat ini akan bertindak balas dengan air masin atau air laut. Jika anda mahir dan memahami pelarasan alat jenis BB ini, sudah pasti kawasan seperti air laut tidak memberi masalah yang besar kepada pengguna.

Terdapat 3 pelarasan atau tombol iaitu untuk Pencarian (search), untuk pencarian halus (fine) dan volume untuk mengawal level bunyi. Seperti model yang terdahulu, model terbaru ini boleh dibuka dan disimpan di dalam beg untuk kemudahan dibawa ke mana saja.

Anda boleh buat tempahan sekarang. Setiap unit akan diberikan manual pengguna dan cd yang mengandungi video cara guna. Semua ini adalah yang terbaru.

p/s: Sila ke blog ini untuk lihat aktiviti http://aktivitipencarian.blogspot.com