Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Berfungsi dengan lancar

Imej
Setelah beberapa minggu produk Dark Sensor dijual, produkreatif belum menerima apa-apa email atau panggilan mengenai masalah produk tersebut. Terdapat dua kemungkinan. Pertama alat tersebut belum dipasang oleh pembeli dan kedua produk tersebut berfungsi dengan baik. Dari ujian yang telah saya jalankan agak lama menguji keberkesanan alat dark sensor ini, sehingga ke hari ini ianya berfungsi seperti biasa. Belum menampakkan sintom-sintom yang tidak baik. Tapi jika berlaku masalah kepekaan, hanya laraskan pada alat tersebut dengan test pen saja. Selebihnya alat tersebut akan bekerja seperti biasa. Dari manual pemasangan yang diberikan pada setiap unit yang dijual, menampakkan ianya tiada masalah yang dihadapi. Apa pun saya akan buatkan manual pemasangan versi terbaru. Manual tersebut akan saya muatkan di dalam blog ini untuk kemudahan pelanggan yang ingin memasang alat tersebut yang kehilangan manual yang diberi. Ada pelbagai bentuk cara melekatkan sensor ini. Tapi paling penting adalah j...

Hasil pencarian gold detector

Imej
Alat metal detector ini ditukar namanya kepada gold detector sebab tujuan utama alat ini dibina bagi bertujuan untuk mencari emas. Ramai yang bertanya betul ke boleh dapat emas dengan alat ini? Susah nak kata sebab emas tulen memang susah nak jumpa kecuali barang kemas yang dibuat dari emas memang pernah dapat. Untuk mencari emas bukan semua tempat boleh dicari seperti di laman rumah, di belakang rumah atau di tengah padang. Tempat-tempat seperti itu mungkin tidak ada emas melainkan benda-benda lain seperti duit syiling 50/20/20/5/1 sen, penutup botol, penutup tin, lencana besi sekolah, cincin besi/peak/emas tiruan, paku (paling banyak), bateri lama dan sebagainya. Jika nasib baik atau ada rezeki boleh dapat benda-benda lama dan pelik. Contohnya seperti saya pernah dapat duit syiling lama di alam tanah. Tempatnya seperti di kawasan kampung-kampung atau kawasan bekas peninggalan sejarah. Jika anda rajin, bolehlah cari di kawasan bersejarah atau di tempat perdagangan zaman dahulu. Pasti ...

Gold Detector

Imej
Baru baru ini saya berada di PD untuk mncuba gold detector ini di kawasan pantai. Saya keseorangan menguji alat ini untuk mencari sesuatu yang mungkin saya tidak ketahui. Apa pun aktiviti adalah sebelah malam dengan membawa beberapa alatan tambahan seperti sudip menyodok dan lampu LED. Agak sukar sekali apabila bergerak sorang-sorang dengan kegelapan yang samar-samar. Ditambah pula dengan bunyi pukulan ombak yang tidak henti-henti. Saya melaraskan alat pada tahap maksimum di antara bunyi dengan tidak bunyi. Sepanjang pantai saya mengharungi mencari sesuatu yang menarik dan penting mencari kepuasan. Ianya berhasil (maaf tiada gambar direkodkan) Jika di kasawan rumah kita boleh menjumpai duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen, jika di pantai munkin lebih dari itu yang boleh kita jumpa. Pada masa akan datang saya dengan beberapa member akan ke Mersing untuk aktiviti di sana pula. Selepas ini beberapa alat gold detector akan dihasilkan lagi mengikut tempahan orang ramai. Apa yang bestnya k...

Antara Produk Baru

Imej
Setelah membuat beberapa ujian dan juga kajian terhadap produk baru, tiba masanya untuk saya membuat persediaan menyiarkan alat gold detector. Ianya produk paling lama dalam R&D kerana saya ingin memastikan keberkesanan alat ini dalam pelbagai keadaan dan situasi yang kita tidak ketahui. Walaupun alat ini biasa-biasa saja dan boleh diperolehi dan dibeli di tempat lain, bagi saya ini adalah produk tempatan dan versi Malaysia punya. Pada permulaan versi, alat ini mengalami masalah yang sukar untuk saya kesan kerana ketidak stabilan pengesan ini mengesan material logam dan yang paling penting adalah emas. Disebabkan itu saya namakan gold detector. Bukan sekadar mengesan emas tetapi tugas utamanya adaah mengesan material logam. Agak keterlaluan pula rasanya jika saya katakan alat ini boleh mengesan emas semata-mata. Untuk kesan paip dalam tanah pun boleh juga. Mengesan material logam dalam tanah seperti duit syiling, kunci, rantai besi dan sebagainya. Alat ini telah diuji dan saya mem...

Dark Sensor (lampu automatik)

Dark sensor atau pun nama lain alat untuk lampu automatik boleh digunakan untuk semua jenis lampu rumah yang menggunakan talian voltan 240VAC. Ianya direka khas untuk menghidupkan lampu apabila hari gelap dan menutupnya semula apabila hari terang atau siang. Alat ini tidak terganggu daripada pancaran lampu yang menyala yang dipasang berdekatan dengan lampu. Asalkan ianya tidak menghalakan sensor bertentangan dengan lampu. Lampu paling sesuai adalah lampu panjang atau kalimantang. Lampu pijar atau lampu bulat juga boleh dipasang dengan alat ini cuma ianya tidak secantik nyalaan lampu kalimantang. Saya ada merakamkan video yang mana alat ini dipasang pada lampu di rumah. Ianya hanya sekadar ujian sahaja untuk membuat perbandingan waktu terang dengan waktu gelap. Cuba anda perhatikan juga nyalaan lampu tidak mengganggu alat tersebut walaupun keadaan diterangi oleh lampu tersebut. Pada video, bukan begitu caranya alat tersebut diletakkan. Sebenarnya ia dilekatkan pada syiling berdekatan pa...

Starter Lock

Imej
Ini bukannya produk baru tetapi nama dan juga circuit di dalamnya telah ditingkatkan kemampuannya. Fungsi tetap sama cuma ianya tahan lama. Namun begitu jaminan produk tetap diberikan sehingga mana ianya masih boleh berfungsi dengan baik. Ia digelar sebagai stater lock yang befungsi sebagai kunci kepada penghidup enjin walaupun kunci kereta digunakan seperti biasa. Ia menggunakan sistem sensor sentuh untuk menghidupkan enjin seperti biasa. Versi terbaru ini terdapat sistem bunyi amaran semasa kunci kereta diputarkan untuk menghidupkan enjin sekiranya teknik yang betul tidak digunakan. Namun begitu alat ini boleh digunakan atau pun tidak hanya dengan satu suis yang disorokkan dari pandangan mata kasar. Dengan menekan suis tersebut, alat ini tidak berfungsi dan enjin kereta boleh dihidupkan seperti biasa. Apabila starter lock ini befungsi, enjin kereta tidak boleh dihidupkan seperti biasa. Untuk menghidupkan enjin, suis perlu dipusing seperti biasa dan pada masa yang sama satu jari perl...