Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Produk baru dalam proses sample

Imej
Produk baru akan dikeluarkan namun perlu dibuat sample terlebih dahulu. Apa pun sample yang dikeluarkan akan diuji ketahanan dan keberkesanannya. Semua proses perlu dilalui bagi mengatahui kelemahan dan juga masalah yang akan berlaku kelak. Sebelum ini saya ada membuat beberapa rekaan yang akan dipilih sebagai produk untuk dipasarkan. Antara beberapa produk yang terpilih adalah seperti smoke detector mudah alih, alarm rumah mudah alih, pengesan orang keluar masuk mudah alih dan lain-lain lagi. Semua ini akan keluar berperingkat-peringkat. Cuma masalah kelewatan sebab kekurangan masa yang mana ianya sudah melebihi perancangan awal. Salah satu faktor lagi adalah kekurangan tenaga mahir dalam bidang ini. Pada masa ini saya hanya berdua dengan partner saya sendiri selaku sebagai pembantu. Jika kerja seperti ini dilakukan berseorangan mungkin lebih sukar lagi dan masa juga terlalu lama diambil untuk disiapkan. Untuk perancangan baru 2009 ini, mungkin perancangan akan ditukar dan disusun den...

Produk Keselamatan

Imej
Sekarang ni banyak produk keselamatan yang akan dikeluarkan untuk masa terdekat ini. Bukan produk kesihatan ye! Tapi produk keselamatan seperti keselamatan rumah dan keselamatan kereta. Paling top sekali keselamatan kereta. Sebab itu saya banyak tertumpu kepada R&D untuk produk keselamatan kereta seperti penggera kereta dan sistem antihijack kereta yang terbaru. Pada masa yang sama, kiranya ambil masa sedikit untuk buat R&D produk keselamatan rumah. Segala circuit diagram memang sudah tersedia tetapi memerlukan kerja ujikaji dan keberkesanan produk sebelum dipasarkan. Memang agak pack kerja yang dilakukan untuk pelbagai produk terutama produk keselamatan kereta. Apa pun modal memainkan peranan. Jika tiada susah nak laksanakan R&D. Pada masa terdekat ini saya akan kerluarkan produk keselamatan kereta dan keselamatan rumah seperti sensor pintu. Pada gambara yang saya tunjukkan sebelah ini adalah salah satu ujikaji dan modifikasi yang dilakukan untuk sensor proximity. Jika si...

Permulaan yang bermula

Imej
Untuk permulaan ini produk yang baru ada yang dah muncul tetapi masih dalam proses kemas kini lagi. Harap lepas ni boleh complete dengan jayanya. Produk pertama yang hendak ditunjukkan adalah sensor untuk lampu. Tak kiralah lampu rumah ke, office ke, lampu di garage ke, lampu di pangkin ke atau mana-mana yang kita suka nak pasang. Produk ni bukannya lampu tetapu ia adalah sensor yang boleh menyalakan lampu rumah bila hari malam dan padam bila hari siang. Maksud jelasnya bila hari gelap, sensor akan detect dan lampu akan menyala dan apabila hari cerah, lampu akan padam. Kalau nak katakan hari malam ia menyala dan siang ia padam, tak tentu juga. Kadang-kadang waktu siang pun boleh menyala juga kalau hari gelap sebab nak ribut atau gerhana matahari. Tapi semua tu boleh laras kepekaan sensor. Ikut suka hatilah nak kadar kecerahan atau kadar kegelapan yang dikehendaki dan lampu akan menyala. Cakap banyak pun tak guna juga. Nanti boleh tengok video yang saya rakamkan untuk demo. Apa pun prod...

Selamat datang sini

Selamat datang ke blog baru ini. Ini blog saya buat sendiri. Nama dia pun saya buat sendiri. Saya fikir sendiri. Tengah malam lak tu. Kerja tak siap lagi... sibuk nak blogging je... Selamat datang ye. Terima kasih la ye sebab sesat kat blog ni. Apa al-kisah tentang blog baru ni. Kat blog baru ni saya nak berceloteh mengenai produk yang saya buat sendiri. Lantak la kalau ada yang nak beli ke, nak jual ke, nak tolong jual ke, nak ciplak ke atau nak dengaki ke. Saya steady je. Apakah barang nya tu? Nanti la... baru masuk ni.... Berkenal-kenalan la dulu. Tetiba je nak cerita mengenai produk. Nampak sangat nak kaya cepat ni... Sabar lah ye. Dan relax. Semua produk yang saya ada adalah buat sendiri dan sendiri bikin. Buat tangan lagi. So ada kesenian la. Ada yang tanya... kenapa tak jual kat e-bay? Ehh... jual juga. Buka kat e-bay je. Kat Mudah pun jual juga. Sebenarnya saya ada melantik pihak yang berminat untuk marketkan produk saya. Namun tidak semua produk diterima. Yang tidak diterima t...