Translate Your Language

Isnin, 24 November 2008

Permulaan yang bermula

Untuk permulaan ini produk yang baru ada yang dah muncul tetapi masih dalam proses kemas kini lagi. Harap lepas ni boleh complete dengan jayanya. Produk pertama yang hendak ditunjukkan adalah sensor untuk lampu. Tak kiralah lampu rumah ke, office ke, lampu di garage ke, lampu di pangkin ke atau mana-mana yang kita suka nak pasang. Produk ni bukannya lampu tetapu ia adalah sensor yang boleh menyalakan lampu rumah bila hari malam dan padam bila hari siang. Maksud jelasnya bila hari gelap, sensor akan detect dan lampu akan menyala dan apabila hari cerah, lampu akan padam.

Kalau nak katakan hari malam ia menyala dan siang ia padam, tak tentu juga. Kadang-kadang waktu siang pun boleh menyala juga kalau hari gelap sebab nak ribut atau gerhana matahari. Tapi semua tu boleh laras kepekaan sensor. Ikut suka hatilah nak kadar kecerahan atau kadar kegelapan yang dikehendaki dan lampu akan menyala. Cakap banyak pun tak guna juga. Nanti boleh tengok video yang saya rakamkan untuk demo. Apa pun produk ni memang paling laku la tapi ramai yang tak puas hati sebab mereka nak tengok demo. Betul juga... jika selepas tengok sendiri hasilnya sudah tentu ramai yang puas hati.


Harga yang dijual adalah RM22.00. Cara pemasangan ada ditunjukkan pada sekeping kertas manual. Yang penting cara pemasangan sangat senang sebab ia guna dua wayar sahaja. Hanya potong salah satu wayar pada sambungan lampu, kemudian pasang alat tersebut. Kedudukan kotak hendaklah dipasang pada luar dan bukan pada dalam kotak lampu kalimantang sebab sesnsor tak boleh nak kesan keadaan gelap atau terang. Yang penting sekali halakan sensor berjauhan pada lampu. Maksudnya jangan tujukan sensor terus ke lampu nanti alat tu tak berfungsi.


Apakah fungsi alat ini dan kelebihannya untuk orang ramai? Saya sendiri guna alat ini untuk menjimatkan tenaga elektrik sebab saya ni pelupa. Lupa nak tutup lampu luar (lampu parking kereta). Dengan alat ini, lampu akan padam secara automatik bila hari siang. Satu lagi kegunaannya jika orang nak tinggalkan rumah sebab nak balik kampung atau bercuti. Setiap malam mungkin kita selalu onkan lampu di luar rumah. Tanpa alat ini mungkin kita akan onkan lampu 24jam tanpa henti sehingga kita pulang ke rumah. Dengan alat ini ia melakukan tugas untuk kita. Onkan bila hari gelap dan off bila hari terang atau siang. Penggunaan karen (current) sangat kecil dan boleh dikatakan ia berkongsi tenaga bersama dengan lampu yang dipasang.