Pada masa yang sama, kiranya ambil masa sedikit untuk buat R&D produk keselamatan rumah. Segala circuit diagram memang sudah tersedia tetapi memerlukan kerja ujikaji dan keberkesanan produk sebelum dipasarkan. Memang agak pack kerja yang dilakukan untuk pelbagai produk terutama produk keselamatan kereta. Apa pun modal memainkan peranan. Jika tiada susah nak laksanakan R&D.
Pada masa terdekat ini saya akan kerluarkan produk keselamatan kereta dan keselamatan rumah seperti sensor pintu. Pada gambara yang saya tunjukkan sebelah ini adalah salah satu ujikaji dan modifikasi yang dilakukan untuk sensor proximity. Jika siap ia boleh mengesan kehadiran penceroboh rumah. Yang penting ianya adalah produk DIY atau plug and play. Tidak memerlukan kerja pendawaian. Biasanya upah untuk satu-satu pendawaian adalah mahal. Tidak guna kalau produk yang dijual murah tetapi kos pendawaian melebihi harga produk. Untuk itu saya memikirkan satu produk mesra pengguna.
Sistem pengesan orang lalu juga sedang dibina dan dibuat pengujian. Walaupun sebelum ini ianya sudah berjaya tetapi pengujian mengikut jadual perlu dilakukan. Mengenal pasti masalah yang timbul dan kebarangkalian masalah yang akan berlaku. Semua faktor perlu diambil kira bagi memahami produk sebelum dipasarkan. Namun begitu saya pasti akan berlaku masalah ketika produk dijual nanti. Untuk mengetahuinya saya perlu tunggu reaksi pengguna yang membeli produk tersebut.
Pada masa terdekat ini produk sensor gelap untuk lampu yang mudah dipsang sebenarnya sudah boleh dijual. Cuma promosi masih belum dibuat. Jika dicerita kepada orang ramai, ianya mendapat sambutan baik sekali. Namun masih belum boleh memberi kepercayaan kepada orang ramai selagi tidak melihat produk tersebut dan beberapa demo seperti tayangan video pendek penggunaan produk tersebut.