Translate Your Language

Isnin, 3 November 2008

Selamat datang sini

Selamat datang ke blog baru ini. Ini blog saya buat sendiri. Nama dia pun saya buat sendiri. Saya fikir sendiri. Tengah malam lak tu. Kerja tak siap lagi... sibuk nak blogging je... Selamat datang ye. Terima kasih la ye sebab sesat kat blog ni.

Apa al-kisah tentang blog baru ni. Kat blog baru ni saya nak berceloteh mengenai produk yang saya buat sendiri. Lantak la kalau ada yang nak beli ke, nak jual ke, nak tolong jual ke, nak ciplak ke atau nak dengaki ke. Saya steady je.

Apakah barang nya tu? Nanti la... baru masuk ni.... Berkenal-kenalan la dulu. Tetiba je nak cerita mengenai produk. Nampak sangat nak kaya cepat ni... Sabar lah ye. Dan relax. Semua produk yang saya ada adalah buat sendiri dan sendiri bikin. Buat tangan lagi. So ada kesenian la.

Ada yang tanya... kenapa tak jual kat e-bay? Ehh... jual juga. Buka kat e-bay je. Kat Mudah pun jual juga. Sebenarnya saya ada melantik pihak yang berminat untuk marketkan produk saya. Namun tidak semua produk diterima. Yang tidak diterima tu saya jual di sini dan di internet. Bukan reject haa.... Cuma tak sesuai untuk market beliau.

Tapi kalau korang minat dengan barang-barang kat sini dan teringin nak market kat luar, boleh hubungi saya. takat nak beli satu untuk jual, ...... letih la. Baik saya jual kat sini je.

Oklah. Jangan lupa untuk bookmark blog ni. Tekan Control D je. Akan datang cari balik link blog ni dan klik masuk. Ada barang yang best-best dan yang tak best pun ada. Semuanya saya sendiri bikin.