Translate Your Language

Isnin, 22 Disember 2008

Produk baru dalam proses sample

Produk baru akan dikeluarkan namun perlu dibuat sample terlebih dahulu. Apa pun sample yang dikeluarkan akan diuji ketahanan dan keberkesanannya. Semua proses perlu dilalui bagi mengatahui kelemahan dan juga masalah yang akan berlaku kelak.

Sebelum ini saya ada membuat beberapa rekaan yang akan dipilih sebagai produk untuk dipasarkan. Antara beberapa produk yang terpilih adalah seperti smoke detector mudah alih, alarm rumah mudah alih, pengesan orang keluar masuk mudah alih dan lain-lain lagi. Semua ini akan keluar berperingkat-peringkat. Cuma masalah kelewatan sebab kekurangan masa yang mana ianya sudah melebihi perancangan awal. Salah satu faktor lagi adalah kekurangan tenaga mahir dalam bidang ini.

Pada masa ini saya hanya berdua dengan partner saya sendiri selaku sebagai pembantu. Jika kerja seperti ini dilakukan berseorangan mungkin lebih sukar lagi dan masa juga terlalu lama diambil untuk disiapkan. Untuk perancangan baru 2009 ini, mungkin perancangan akan ditukar dan disusun dengan lebih baik lagi. Ini bertujuan untuk memendekkan masa yang diperuntukkan dan mempercepatkan lagi proses pengeluaran produk terbaru.

Pada masa akan datang, saya akan merancang untuk menghasilkan seunit bekalan kuasa serba guna yang dureka oleh saya sendiri dan dibantu oleh Shahrul selaku pembantu saya sendiri. Bagi saya produk bekalan kuasa ini adalah terbaik setakat ini dan ia merupakan produk pilihan saya sendiri. Bukan sebarangan bekalan kuasa kerana ianya mengandungi pelbagai fungsi. Lebih penting sekali harganya memang munasabah dengan fungsi dan teknologinya. Jika tidak keberatan, saya mungkin meminta bantuan SIRIM untuk mendapatkan pengesahan produk. Insyaallah.