Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Alat pengesan gelap lampu automatik

Imej
Dark sensor telah pun dibuat penambah baikan keapda fungsinya. Dahulunya ia hanya boleh digunakan untuk lampu mentol bulat berfilamen dan juga mentol kalimantang bersaiz pendek sahaja. Untuk mentol-mentol lampu yang lain ianya memberikan masalah atau tidak berfungsi dengan baik. Salah satu factor yang menjadikan ianya tidak berfungsi dengan baik adalah penggunaan arus (A) yang tidak mencukupi kepada keluaran alat tersebut. Ianya menyebabkan mentol yang selain disebutkan tadi tidak akan menyala atau tidak berfungsi dengan baik sekali. Setelah diamatkan semula ternyata masalah tersebut benar-benar berlaku atas factor tadi. Oleh yang demikian, saya cuba memperbaiki semula struktur litar dan juga pemilihan komponen yang lebih efektif. Salah satu caranya dengan melakukan semula pengujian kepada semua jenis lampu yang selalunya pengguna pasang di rumah atau di premis. Kebiasaanya lampu mentol kalimantang yang bersaiz panjang merupakan mentol yang paling ramai digunakan. Hampir 100% orang...

Deep Seeker

Imej
Antara metal detector yang pernah beraksi. Pernah menaikkan hasil yang besar pada tahun 2012 dulu. Semua itu hanya jadi kenangan dan disimpan di dalam hati sebagai satu kenangan lama.   Alat ini hanya dihasilkan atas permintaan. Alat ini tidak tersenarai di dalam produk-produk PK. Ianya hanya produk dibuat atas keperluan pengguna sahaja. Tiada nama yang khusus. Hanya dipanggil dengan nama Deep Seeker. Mengesan sehingga lebih 10 kaki ke dalam Tanah. Tiada bunyi penggera, hanya pada bacaan jarum meter sahaja. Hanya mengesan logam besar dan sederhana.

Dark Sensor Upgrade

Imej
Dark sensor yang dipasang pada lampu sedia ada sebelum ini hanya terhad kepada lampu tertentu sahaja. Antara lampu yang dimaksudkan adalah lampu berfilamen dan lampu kalimantang bersaiz pendek. Untuk lampu-lampu lain seperti lampu kalimantang panjang, mentol CFL dan seumpamanya tidak sesuai. Malah ianya tidak berfungsi langsung. Justeru itu kami membuat penambah baikan kepada alat tersebut dengan membuat perubahan litar elektronik secara total. Semua jenis lampu dan mentol diuji kepada alat baru tersebut. Ternyata ianya berhasil dan yakin akan keberkesanannya. Dalam tempoh R&D tersebut pelbagai kejadian yang berlaku. Antaranya adalah berlaku kemalangan seperti litar yang meletup dan salah seorang petugas terkena renjatan elektrik, namun ianya tidaklah serius. Tapi disebaliknya ada juga kejadian yang baik berlaku. Semasa proses R&D lakukan, secara tidak sengaja ada beberapa penemuan ditemui yang menjadikan ianya satu idea baru untuk kami. Pada masa tersebut kami rekodkan dan...
Utk cari batu meteorite ok la ni... A video posted by Enique (@myenique) on Jun 4, 2015 at 11:16pm PDT

Masalah Virus

Assalamualaikum. Salam ceria. Untuk tempoh yang tertentu saya mengalami masalah berkenaan dengan produk yang telah dihasilkan untuk stok dan penjualan. Beberapa unit produk terutama produk metal detector mengalami masalah kronik yang masih belum dapat dikesan permasalahan tersebut. Bagaikan virus apabila semua unit yang dihasilkan baru-baru ini (sudah hampir sebulan) mengalami masalah yang serupa. Kesemua unit mengalami masalah yang serupa dan sehingga kini masih belum dapat mengetahui punca masalah tersebut. Unit asal digunakan sebagai rujukan bagi menjejaki masalah tersebut namun ianya sukar dikesan. Pelbagai sudut dan ruang diperiksa. Hampir kesemua komponen telah diganti dan setiap laluan litar telah dijejaki namun masalah tersebut masih belum selesai. Bagi saya ianya adalah virus. Ini kerana selama beberapa tahun penghasilan produk, belum pernah lagi masalah seperti ini berlaku. Masalah lain seperti kerosak komponen, board dan sebagainya Alhamdulillah mudah diatasi. Namun pe...

PI TRX double coil

Imej
Seperti post yang terdahulu, saya akan memberi sedikit penerangan mengenai alat pengesan logam jenis PI yang telah dinaik taraf kepada PI TRX double coil. Fungsi alat masih sama. Cuma berbeza pada kepekaannya. Manakala dari segi luaran pula ada sedikit perubahan. Meter digital tidak digunakan lagi. Ia akan digantikan dengan LED. LED ini bertindak seperti meter digital sebelum ini. Cuma ia lebih nampak cantik dan berfungsi baik pada sebelah malam. Manakala fungsi buzzer adalah sama. Nadanya masih juga sama. Tidak sama seperti produk luar dari pengilang besar, produk saya ini adalah basic atau asas semata mata. Jika dibuat penambahan kepada fungsi tertentu seperti paparan meter, volume, pelarasan sensitif dan sebagainya, ianya akan menampakkan pro. Cuma semua itu bermula dari basic. Jika diterangkan kaedah basicnya, ada lagi basic. Bermula dari situlah, proses penambahbaikan bermula. Satu demi satu. Kemudian ia menjadi tren peningkatan yang mendadak sehinggakan adanya perlumbaan ...

Download manual

Download manual di bawah ini.   File manual untuk BB atau BFB Share Manual BFB.pdf - 342 KB   File manual untuk PI2 Share Manual PI2.pdf   File manual untuk Pin Pointer Share Manual Pin Pointer.pdf   Untuk manual produk lain akan di update kemudian. Atau hubungi saya untuk permintaan.