Translate Your Language

Sabtu, 3 Oktober 2015

Alat pengesan gelap lampu automatik

Dark sensor telah pun dibuat penambah baikan keapda fungsinya. Dahulunya ia hanya boleh digunakan untuk lampu mentol bulat berfilamen dan juga mentol kalimantang bersaiz pendek sahaja. Untuk mentol-mentol lampu yang lain ianya memberikan masalah atau tidak berfungsi dengan baik.

Salah satu factor yang menjadikan ianya tidak berfungsi dengan baik adalah penggunaan arus (A) yang tidak mencukupi kepada keluaran alat tersebut. Ianya menyebabkan mentol yang selain disebutkan tadi tidak akan menyala atau tidak berfungsi dengan baik sekali. Setelah diamatkan semula ternyata masalah tersebut benar-benar berlaku atas factor tadi.

Oleh yang demikian, saya cuba memperbaiki semula struktur litar dan juga pemilihan komponen yang lebih efektif. Salah satu caranya dengan melakukan semula pengujian kepada semua jenis lampu yang selalunya pengguna pasang di rumah atau di premis. Kebiasaanya lampu mentol kalimantang yang bersaiz panjang merupakan mentol yang paling ramai digunakan. Hampir 100% orang menggunakannya. Oleh sebab demikian saya bertungkus lumus cuba memperbaiki alat ini untuk penggunaan mentol kalimantang dengan lebih cekap.

Ternyata selepas membuat pengujian dan membuat perubahan besar pada rekaan litar alat, ianya memberi hasil yang positif. Selepas membuat pengujian pada semua jenis mentol, alat dark sensor berfungsi dengan baik. Setiap komponen dibuat penilaian agar ianya benar-benar tahan dan berkualiti.

Setelah beberapa produk dijual kepada pengguna, alat terbaru ini jelasnya lebih baik dan memberikan kepuasan kepada pengguna. Hanya dengan sedikit pengetahuan tentang cara pemasangan yang betul, alat akan berfungsi dengan baik sekali. Manual cara pasang disertakan sekali bagi memudahkan rujukan untuk pemasangan.

Namun begitu, rekaan lama menggunakan dua wayar sahaja berbanding rekaan terbaru ini menggunakan tiga wayar untuk pemasangan tetap. Hanya berpandukan kepada manual, alat boleh dipasangan dengan baik sekali.

Alat ini sesuai dipasang pada lampu luar rumah atau lampu tempat kita meletakkan kenderaan, lampu beranda luar, lampu luar belakang rumah, lampu pagar dan sebagainya.