Assalamualaikum. Salam ceria. Bismillah. Pertama sekali saya berhasrat untuk mengupas perihal tenaga solar yang semakin hari orang menggunakannya sebagai tenaga alternatif. Tenaga solar merupakan tenaga elektrik yang dihasilkan melalui sinaran cahaya matahari yang jatuh ke permukaan solar panel. Seimbas lalu saya cuba menerangkan serba ringkas mengenai solar panel. Kebanyakan rakan-rakan ada yang masih kurang faham apakah fungsi solar panel. Ada yang menganggap solar panel berfungsi menyimpan tenaga elektrik. Ada juga yang faham solar panel menghasilkan tenaga elektrik dan menyimpannya sekali. Dan ada juga yang faham solar panel boleh guna 24 jam siang dan malam. Secara asasnya solar panel merupakan satu peranti yang boleh menjana tenaga elektrik. Penghasilan tenaga elektrik ini melalui proses penukaran dari cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Hanya cahaya matahari merupakan sumber yang sangat sesuai berbanding cahaya lampu. Solar panel tidak memerangkap haba, ianya hanya men...
Alat pengesan logam Beat Ballance Setelah setahun alat pengesan jenis BB atau Beat Ballance dijual tanpa dibuat sebarang penerangan lanjut mengenainya dan juga secara terperinci mengenai teknologi yang digunakan. Malahan juga tiada sebarang maklumat teknikal diperjelaskan di dalam blog atau mana-mana ruangan di dalam internet. Setelah setahun alat ini terjual begitu saja tanpa sebarang promosi besar-besaran dibuat ianya mendapat sambutan yang baik sekali. Pada kali ini saya akan memperjelaskan keseluruhan mengenai alat pengesan Beat Ballance ini atau dipanggil sebagai detector BB. Jika anda mengikuti blog ini dan pasti mengetahui akan satu lagi alat pengesan logam jenis BFO. Itu adalah alat pengesan logam jenis BFO yang pertama dibuat dan dijual oleh saya. Jika mengikut sejarah awal alat pengesan logam, jenis BFO adalah yang paling lama sekali sudah melebihi 100 tahun usianya. Jenis BFO masih digunakan sehingga ke hari ini tetapi pelbagai versi telah dicipta bagi mengatasi p...
Pengesan Logam jenis BB Alat pengesan logam jenis BB ini berfungsi mengesan semua jenis logam. Terdapat dua pembahagian unsur logam yang terdiri daripada logam berunsur besi dan logam yang tidak berunsur besi. Kegunaan alat pengesan logam ini selalu digunakan sebagai aktiviti pencarian barang-barang logam seperti duit syiling lama, barang kemas lama dan juga barangan sejarah. Tidak ketinggalan juga alat ini digunakan untuk mengesan logam emas di dalam tanah atau pasir. Penggunaan alat ini tidak terlalu sukar kerana ianya hanya dilaraskan kepada bunyi tone rendah sahaja untuk mendapatkan hasil pengesanan yang baik. Alat pengesan ini berupaya mengesan sehingga satu kaki kedalamannya. Namun begitu ia bergantung kepada saiz objek dan jumlah logam tersebut. Hanya dengan mendengar perubahan nada pada speaker alat sahaja ia menunjukan ada logam telah dikesan. Alat pengsan logam ini sangat peka dengan tanah atau tempat yang mengandungi mineral. Oleh itu jika kawasan tanah tersebut m...