Dark sensor yang dipasang pada lampu sedia ada sebelum ini hanya terhad kepada lampu tertentu sahaja. Antara lampu yang dimaksudkan adalah lampu berfilamen dan lampu kalimantang bersaiz pendek. Untuk lampu-lampu lain seperti lampu kalimantang panjang, mentol CFL dan seumpamanya tidak sesuai. Malah ianya tidak berfungsi langsung.
Justeru itu kami membuat penambah baikan kepada alat tersebut dengan membuat perubahan litar elektronik secara total. Semua jenis lampu dan mentol diuji kepada alat baru tersebut. Ternyata ianya berhasil dan yakin akan keberkesanannya.
Dalam tempoh R&D tersebut pelbagai kejadian yang berlaku. Antaranya adalah berlaku kemalangan seperti litar yang meletup dan salah seorang petugas terkena renjatan elektrik, namun ianya tidaklah serius. Tapi disebaliknya ada juga kejadian yang baik berlaku. Semasa proses R&D lakukan, secara tidak sengaja ada beberapa penemuan ditemui yang menjadikan ianya satu idea baru untuk kami. Pada masa tersebut kami rekodkan dan terus dijadikan sumber produk pada masa akan datang.
Dengan ini, produk dark sensor kembali dijual semula dan harganya masih sama atau kemungkinan turun sedikit berbanding harga asal sebelum ini. Setiap unit dark sensor disertakan dengan manual pemasangan mudah. Ianya mudah dipasang untuk yang tahu asas pendawaian elektrik. Ianya seperti memasang lampu siling. Tidak memerlukan kerja pendawaian yang rumit kecuali untuk kes-kes tertentu.
Secara ringkasnya kami terangkan kembali produk dark sensor ini. Kegunaan dark sensor ini adalah menghidupkan lampu sedia ada (lampu yang dah terpasang) secara automatic. Alat dark sensor ini dipasang pada lampu dengan membuat penyambungan wayar lampu kepada alat ini terus (seperti rajah di dalam manual yang diberikan). Apabila waktu malam, lampu yang dipasang dengan dark sensor ini akan ON automatic. Dan apabila waktu siang atau hari cerah, lampu akan padam secara automatic. Ringkasnya, secara teori alat ini mengesan gelap dan terang. Suis lampu pada dinding dimatikan sekiranya lampu tidak diperlukan. Suis dihidupkan semula dan dark sensor akan ON.
Jadinya, apakah fungsi kegunaan dark sensor ini pada lampu? Biasanya alat ini dipasang pada lampu luar, koridor, tempat letak kereta dan seumpamanya.