Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Menaik taraf MD BFB

Imej
Assalamualaikum.  Salam ceria.   Sebelum ini saya ada memperkenalkan produk MD jenis BFB. Apa yg menjadi menarik perhatian adalah rekabentu yang terbaru. Ianya agak mesra pengguna.   Namun begitu, setelah dibuat beberapa kali ujian di lokasi sebenar, ianya masih menampakkan keberhasilannya. Pun begitu saya masih membuat penambah baikannya demi memastikan ianya lebih mantap dan memuaskan.   Kali ini saya telah membuat bentuk coil lebih kukuh dan tahan lasak walaupun bentuknya empat segi. Tahap kepekaannya tidak berubah walaupun bentuk asalnya telah diubah. Selain itu, coil MD ini boleh diguna di dalam air tawar. Ianya sudah diuji dan hasilnya sangat memuaskan.   Untuk pengeluaran produk akan datang, saya telah memutuskan untuk menggunakan rekaan coil segi empat ini. Bagi saya ianya lebih sempurna pembuatannya dan lebih nampak kemantapannya. Harga masih sama. Terima kasih.

Alat Pengesan Logam Jenis TRX

Imej
Assalamualaikum dan salam hormat. Bersua lagi kali ini dengan pengunguman produk terbaru. Setelah lama diharapkan dan dinantikan, akhirnya terlaksana sudah. Itu pun sudah hampir hampir dah nak raya puasa baru siap sepenuhnya. Mana member yang memang menanti tu akhirnya dapat jawapan sekarang. Dan begitu juga pada member yang tinggal jauh seperti di Kelantan,  terpaksalah siapkan dan buat penghantaran dengan kadar segera sebab takut barang sampai lepas raya pula. Yang mana member dekat area Selangor KL memang tiada masalah sebab boleh datang terus ambil.   Kali ini alat pengesan logam jenis TRX sudah pun keluar. Sistem yang menggunakan dua kaedah memancar dan menerima telah dihasilkan. Namun apa yang berlainan adalah ada sedikit perbezaan positif dengan alat pengesan lain. Setakat ini jenis TRX adalah yang paling atas kedudukan senarai alat pengesan logam yang telah dihasilkan. Tetapi walaupun begitu proses penghasilannya pula adalah lambat dan terperinci sedikit berbandin...

Alat Penstabil Voltan

Imej
Penstabil voltan mini   Ia merupakan alat untuk menstabilkan voltan bateri pada kenderaan seperti kereta, van, mpv, suv dan seumpamanya asalkan mengunakan sistem bateri 12 volt. Produk ini hanya mudah dipasang pada soket cucuh rokok atau soket power 12 volt yang ada pada setiap kenderaan. Hanya perlu masukkan ke soket pencucuh dan jalaann...   Jadi apakah fungsi dan keberkesanannya alat ini?  Fungsi utama sebagai penstabil voltan. Adakah ianya penting? Penting ke nak stabil stabilkan voltan bateri kereta ni? Kereta dapat jalan sudah lah. Sama je. Ye betul. Sama je. Tapi hanya untuk pengetahuan mungkin ianya dapat membantu serba sedikit memgenai fungsi alat ini. Bagi saya jika tak guna pun takpe tapi kalau diguna ada faedah dan berguna untuk tempoh jangka masa tertentu.   Alat ini diberi nama penstabil voltan atau nama pendeknya PV. Saya telah menggunakan lebih dari 3 tahun. Dalam tempoh penggunaan alat ini sebagai barang ujikaji atau prototaip banyak yang ...

MD BFB

Imej
Assalamualaikum dan salam ceria. Bersua kembali kali ini dengan artikel mengenai alat pengesan logam terbaru jenis BFB. Secara keseluruhannya bagi alat ini merupakan alat pengesan logam yang telah dibuat naik taraf kepada yang lebih mantap lagi. Sistem yang digunakan bagi md bfb ini adalah jenis BFO. Merupakan teknologi system yang paling lama digunakan menjangkau hampir 100 tahun. Namun teknologi tersebut dari masa ke semasa sentiasa dinaik taraf kepada yang lebih baik dan mesra pengguna. sehinggakan ke hari ini system lama ini masih digunakan dan ianya lebih menampakkan keberkesannya. Tidak semua bernasib baik atas ape yang kita perolehi atau dapat dengan menggunakan alat pengesan logam.   Namun bergantung kepada rezeki masing masing dan usaha yang dilakukan semasa menggunakan alat ini untuk pelbagai tujuan seperti mencari barangan lama berharga atau mencar emas di dalam tanah. Seperti juga alat pengesan yang pernah saya hasilkan seperti MD BFO dan MD BB. Ia menggunakan sys...

Alat pengesan logam Baru

Imej
Assalamualaikum dan salam ceria. Bersua kembali setelah lama tidak meninggalkan apa apa artikel terbaru. Kebetulan pula pada ketika ini bulan Ramadhan sudah pun datang dan kita yang beragama Islam menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Artikel kali ini berkisarkan mengenai alat pengesan logam terbaru. Alat pengesan logam ini dikeluarkan khas untuk jualan pada bulan Ramadhan ini. Ini dilakukan kerana atas pemerhatian saya pada beberapa tahun sebelum ini dan setiap bulan Ramadhan jualan alat pengesan logam sangat tinggi. Oleh itu saya berbesar hati mengeluarkan model terbaru alat pengesan logam khas untuk bulan Ramadhan ini. Bunyi mungkin sangat pelik sebab jualan khas untuk bulan Ramadhan. Memang tiada kena mengena dengan bulan puasa. Tapi apa pun saya menghormati bulan penuh keberkatan ini dan berhasrat untuk menjual model terbaru alat pengesan logam ini pada harga yang rendah. Semoga kepada sesiapa yang berhasrat untuk memiliki dan mencubanya, boleh buat pembelian. Jualan dan ha...