Translate Your Language

Sabtu, 23 Mac 2013

Mini power supply

Assalamualaikum.

Salam ceria dan bertemu kembali. Artikel kali ini berkenaan dengan satu lagi produk baru tetapi tidak dipasarkan lagi. Maksudnya belum dibuat penjualan lagi.

Namun begitu produk yang diberi nama MyEnique mini Power Supply ini sebenarnya digunakan untuk penggunaan di dalam kursus rekacipta yang saya anjurkan. Setiap peserta kursus akan menggunakan mini power supply ini untuk menguji litar projek yang telah dibuat.
Jadi apakah kegunaan dan kelebihan alat ini berbanding alat sedia ada di pasaran atau yang biasa digunakan sekarang? Apa yang menjadi target saya menghasilkan produk ini adalah keselamatan. Keselamatan kepada pengguna terutamanya kepada peserta kursus. Tambahan pula peserta kursus terdiri daripada kalangan murid sekolah dan individu yang kurang kefahaman dalam bidang elektronik.

Bermakna, jika berlaku kesilapan semasa menggunakan power supply, kemungkinan akan berlaku kerosakan sama ada pada power supply itu sendiri atau pada projek yang dibuat. Dengan mini Power Supply ini, kemungkinan tersebut tidak berlaku. Dengan binaan keselamatan pada alat tersebut, kerosakan pada litar projek tidak berlaku, InsyaAllah. Sedangkan untuk menguji komponen seperti LED tidak ada masalah walaupun voltan maksima pada power supply ini adalah 11 atau 12 volt. LED tidak akan rosak atau terbakar.

Hanya dengan menggunakan dua bateri AA 1.5v sahaja alat ini boleh menjana voltan sehingga 12 volt. Tiada penyambungan ke voltan AC.
Dalam masa terdekat ini saya akan umumkan penjualan pertama alat ini. Secara ringkasnya alat ini berfungsi untuk menghidupkan litar projek elektronik yang mempunyai penggunaan arus yang kecil sahaja, mengecas bateri sehingga 9 volt, menghidupkan LED sehingga 10 biji secara sesiri dan pelbagai kegunaan lagi jika kita kreatif menggunakannya.

Alat kecil ini sesuai untuk individu atau kumpulan seperti murid sekolah, pelajar sekolah dan ipt, individu yang berminat dengan projek elektronik, orang awam untuk kegunaan seperti berkemah, beriadah atau sebagai koleksi gajet peribadi.

Alat ini terdapat dua pelarasan untuk kawalan arus dan kawalan voltan. Pelarasan tidak sangat kritikal jika berlaku kesilapan dan tidak akan berlaku kerosakan.
Jadi saya sendiri sangat suka dengan mini power supply ini kerana saya sendiri menggunakan alat ini untuk menguji litar elektronik dan beberapa alatan seperti power amplifier dan radio fm. Mini power amp guitar saya juga boleh dihidupkan dengan alat ini.

Semuanya menjadi lebih selamat dengan mini power supply ini tanpa perlu risau keselamatan jika berlaku kesilapan pemasangan atau ketidak sesuaian set voltan. Voltan boleh dilaras daripada 3v minimum sehingga 12volt maksimum.